Saturday 19 November 2011

musim kawen datang lagi~~

Assalamualaikum....
Bermulanya cuti sekolah, kenduri kawen pun berlumba-lumba dtg..hee~ tambah2 bagi org2 yg umur around 23-30 kot. tiap2 musim cuti ade je jemputan kawen dari kawan2. macam cik putih, ikutkan dari minggu lepas ada jemputan. tapi kena pertimbangkan, yg mana boleh pegi, mana yang tak dapat pergi. bukan apa, nak pegi kalau jauh2 sgt sure lah parents cik putih tak lepaskan. anak die ni umur dah tua tp fizikal mcm budak skolah je. so xlepas lagi..hee~ meh tgk list kenduri2 cik putih:

12/11/2011 - cik gee& zool --> kelatan. xdapat nak g. walau dah ye2 nak g kn..sob3~
19/11/2011 - cik eli&faiz --> permas jaya. Alhamdulillah. selesai dah majlisnya.
26/11/2011 - en fauzi&azlina--> jkr skudai. insyaAllah try utk hadir.
3/12/2011 - cik ida&pasangan --> melaka. kena datang. sedara!haha
 - cik pengantin&pasangan --> serdang. kena dtg. anak sepupu ni. tp xtau name -.-" truknye!!
- en naaim&pasangan --> jempol. mungkin tak dtg dtg. jauh sgt nak masuk ke jempol tu..huhu
4/12/2011 - en azam&lin --> klang. xsure lg. still kt kampung time tu..huhu
10/12/2011 - cik zakian&safuan --> kluang. insyaAllah dtg. bf skolah dlu. ayah die pn dah kenal.
-cik naya&nazim --> sri pulai. insyAllah try dtg. dekat je.
17/12/2011 - kenduri di ampang. sedara belah ibu.
- kenduri pakcik jali di tg karang.

fuhh!! sape lagi nak jemput kenduri kawen??? sape2 yg bg kad jemputan direct. InsyaAllah sy try dtg. 
cik putih doakan semua pasangan yg ni dan yang lain2 akan bahagia dunia akhirat. dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan. amiiin =)

p/s::kawen bukan semudah melafaskan akad. nada gentarnya, gemuruhnya hanya sebentar. tetapi hakikatnya disebalik perkahwinan itu ada banyak tanggungjawab yang akan ditanya oleh Dia dialam yang kemudian...pikullah ia dan tunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik-baiknya. Dia tidak sesekali bertanya tentang hasil daripada tanggungjawab kita tetapi yang pasti Dia akan bertanya sejauh mana usaha kita dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.....

Thursday 10 November 2011

dalam pada kita teringat ingat orang yang melupakan kita, kita sebenarnya lupa bahawa kita sering melupakan Dia... walau Dia tidak sesekali melupakan kita....

Wednesday 9 November 2011

Tips for interview

Great interviews arise from careful groundwork. You can ace your next interview if you:

1. Enter into a state of relaxed concentration.

2. Act spontaneous, but be well prepared.

3. Set goals for the interview.

4. Know the question behind the question.

5. Follow up with an effective "thank you" letter.

6. Consider the interviewer's agenda.

7. Expect to answer the question, "Tell me about yourself." This is a pet question of prepared and even unprepared interviewers.

8. Watch those nonverbal clues. Experts estimate that words expressonly 30% to 35% of what people actually communicate; facial expressions and body movements and actions convey the rest.

9. Be smart about money questions. Don't fall into the trap of telling the interviewer your financial expectations.

10. Don't hang out your dirty laundry. Be careful not to bare your soul and tell tales that are inappropriate or beyond the scope of the interview.

Monday 7 November 2011


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka                                                                            Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin..
i love you, ibu dan ayah. Thank you so mucchhh!!
 

Saturday 5 November 2011

bila lembu dah gelisah
kambing temenung sepanjang hari
jalan raya pulak sesak semacam
bandar2 besar sunyi gile
nak raye lah tuh! haha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan2.
Marilah berkorban untuk menjadikan diri kita lebih baik di sisiNya =)





Thursday 3 November 2011

tips mudah mendapatkan jodoh

Isk siapalah yang hendakkan aku ni?
Bilalah nak bertemu jodoh ni?
Dah banyak kali bercinta..
asyik2 gagal saja..
Aduhai aduhai..
Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1.MEMBACA SURAH YASSIN SETIAP MALAM sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2.MEMBACA AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3.MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4.BERDOA DI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5.BANGUN TENGAH MALAM SEMBAHYANG TAHAJUD, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, insyaallah..

6.SOLAT HAJAT 2 RAKAAT >Doa, 2 rakaat lagi>Doa, 2 rakaat lagi > Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7.BETULKAN NIAT KAHWIN KERANA ALLAH, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8.BERDOA DI WAKTU YG TERTENTU YANG MUSTAJAB atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9.BERDOA DENGAN MENGGUNAKAN DOA-DOA AJARAN RASULULLAH atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

10.SELAMAT BERAMAL,JANGAN MAKAN MAKANAN YG HARAM,ATAU GUNA PAKAIAN,TEMPAT APASAJA YG HARAM subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

INSYAALLAH, jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!

credit to:: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW