Saturday 31 December 2011

bai bai 2011....hai 2012~

Assalamualaikum....
Hai semua! lame sungguh xjengah blog ni. buzy memanjang. ngan thesis, group project, individual assignment dll. tahun ni meninggalkan macam2 cerita pahit, manis, suka, duka. yang indah, yang baik-baik kita jadikan amalan dan tingkatkan di tahun baru. yang buruk2 tu baik tinggalkan. uabh sikap ke arah yang lebih positive. tahun ni kirenya tahun yang paling mencabar. nak2 ujung tahun ni. dengan thesis kena buat balik last2 minute. adik kawan meninggal, dll. benar-benar menguji kesabaran. Alhamdulillah~ semua berjalan ngan lancar. Sekarang ni dah habis thesis. tunggu result than pastu nak pikir pasai keje pulak. tinggalkan alam pembelajaran. dah xtau bile pulak akan kembali ngan alam kampus yg best. ngan kawan2 yg best. banyak betul memory.

tahun baru. azam baru. perangai baru. habit baru. semoga berubah menjadi yang lebih baik~ =)

Thursday 22 December 2011

khutbah terakhir Rasulullah

“Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,
 
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
 
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
 
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,
 
Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
 
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia,
 
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
 
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah!
 
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”

Thursday 15 December 2011

dugaan...

Dalam kita rasa putus asa, kecewa dengan apa yang berlaku pada kita, kita lupa. ada orang lain yang jauh lebih susah, lebih menderita dan lebih berat masalahnya. Ingatlah. Allah menguji sesorang hamba tu setaraf dgn kemampuanya. Jangan mengeluh. Reda lah dan teruskan usaha kearah kebaikan....Tentu ada jalannya...

Wednesday 7 December 2011

kami kawan dulu, kini, sampai bila-bila =)

dulu......(2006)





sekarang 5 tahun kemudian.... (2011)




we're fight each other everyday.
we keep arguing every single thing.
but it makes we close.
and i do love you all.
thanks frens.



bese lah. awal2 kenal orang masing2 muke sombong nak mam**. in fact kami saling xsuke antara satu same lain. berkauman. haha ad yang xsuke negeri tuu, ni. but after few months, there are chemistry bonding between us. we can chat, sharing, gossiping and supporting each other. i love our friendship. thanks for a very good relationship frens! 

ELI, MIEA, PIPOT, AYONG, EMON, DHIYA, NISA', PHIA, MIDAH, NURUL.

PF 17 KMJ 2005/06 in memory <3 <3

Thursday 1 December 2011

kenangan

kenangan.
ada pahit bak hempedu.
manis ibarat gula.
namun ia telah berlalu.
kenangan indah buat kau tersenyum riang.
kenangan pahit pun buat kau tersenyum dalam nada pahit.
namun kita perlu belajar dari pengalaman.
pengalaman yang mendewasakan kita.
kita hidup dengan pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka.
gunakan sempadan pengalaman untuk memagari langkah.

i miss you, sahabat.