Tuesday 28 February 2012

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Fatimah Syarha dan bukunya


Assalamualaikum....
Nama blogger dan novelis ini mungkin tidak asing lagi bagi penggemar buku-buku novel islamik. Fatimah Syarha Mohd Noordin. Novelis ini telah berjaya menyentuh hati kecil saya. Mengingatkan saya bahawa cinta seorang muslimah yang belum berkahwin itu hanya untuk Allah kemudian NabiNya seterusnya family dan kawan-kawan. Tiada langsung istilah bercinta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram! Buat masa ini saya telah memiliki novel karya saudari Fatimah ini. Antaranya Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Seindah Mawar Berduri. Saya mula membaca novel beliau yang bertajuk Tautan Hati atas hadiah semperna konvokesyen saya tahun 2010 daripada adik saya. Saya sangat menggemari ayat yang digunakan. Jalan cerita yang tidak puas dibaca. Penuh maknanya. Sejak dari itu, saya mula mencari siapakah wanita ini. Cara penulisannya amat menarik hati saya. Kini saya sedang membaca novel beliau bertajuk Seindah Mawar Berduri.. Menarik dan tidak puas dibaca! Melalui tulisannya itu beliau ingin mengajak dan mendidik muslimah hari ini supaya lebih berhati-hati agar tidak menjadi bahan fitnah dunia.

Berikut merupakan serba sedikit biodata beliau
  • FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN
  • Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu
  •  Isteri kepada Dr Farhan Hadi
  • blog beliau: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Pendidikan beliau:
  •  Graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi
  •  Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria
  •  ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh

No comments: