Thursday 27 December 2012

untuk perhatian para SUAMI...



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA…
Dan sangat berHARGA.

Tuesday 25 December 2012

DIA

Assalamualaikum....


Lama dah tak tulis pape kat blog ni. asik-asik post pic/quotes dr FB..Lately mood tgh tak stabil. Kadang-kadang hepi. Selalu2 bad mood. huhu...

Kadang-kadang kita rasa sedih sangat. Rase mcm useless, tak berguna, tak dihargai. Tapi kite tak tau nak luahkan pada sapa. Kita rase semua org pandang rendah pada kekurangan kita. Benci dengan kehadiran kita. Kita rase sorg2 je kat dalam dunia ni even kita ada beribu kawan. Tapi mcm smua tiba2 sibuk, bz, xde masa utk spend dengar pe masalah kita share pendapat dengan kita. End up kita hug si kacak, bawak masuk bilik, kunci pintu dan nanges dengan si kacak. Si kacak pelik..Tapi kita still rase belum cukup lagi. Kita siap2 mandi bersihkan diri dan pergi jumpa DIA. Yes! DIA sentiasa ada. Die dengar je apa2 yg kita nak share. Die sentiasa ada. Tak kira masa walau kita selalu lupa DIA. Buat yang DIA larang. Abaikan apa yang DIA suruh...Lepas jumpa dan share masalah dengan DIA, kita rase tenang. Kita terus tido dan pagi esok kita bangun dengan harapan yang baru..


DIA sentiasa merindui hamba-hambanya............

Thursday 13 December 2012

mood: .............


anak fatin: http://www.facebook.com/fatin.princess.apiesz
anak gee: http://www.facebook.com/azimah.mohamad.

anak timah : http://www.facebook.com/siti.f.zahra.56
baby syuhaini: http://www.facebook.com/cikpuan.avatarutan
anak amin

anak ain : http://www.facebook.com/elisya.y.rin

Ramai betul kawan-kawan yang dah ada nak sendiri...huhu....
Jom pujuk hati...
Huhu





haiiiii mimi......hang tu belum kawen. tang mana nak dapat baby?? sabaaaar je la....huhu

ni pun kira baby kn??heee~ hello manje acik mi :P


pesanan penaja: semua gambar cik putih cilok dr fb kawan-kawan..hee~

Wednesday 12 December 2012

♥ TUJUAN PERKAHWINAN ♥

1.Bagi mengelak fitnah.

Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai 
wanita, setiap inci tubuhmu bisa menarik perhatian lelaki di luar sana. Kerana itulah Islam mendidik kita agar menjaga aurat, sekaligus kita boleh menjaga maruah kita. Tetapi apakan daya jika sudah cukup kita menutup aurat, malah kita masih menjadi rebutan. Jangan disalahkan takdir dan jangan disalahkan wajahmu yang menawan itu. Anggaplah itu sebagai ujian daripada Allah. Di sinilah kita perlu kuat. Jika kita mampu, inilah masanya untuk kita bernikah bagi mencantas perasaan-perasaan yang tidak manis ini.

2.Menepis bisikan syaitan.



Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.

3.Perkahwinan satu ibadah.



Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’. Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).

Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. 





Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? 
Semoga Allah menggembirakanmu.

"Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita. 

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. 

Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali. 

"Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.


Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.

4.Menjamin nasab yang baik.



Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.

Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.


5.Tempat berkasih sayang.



Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri. 

~~Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW~~

12/12/12




Assalamualaikum....

Nak buat short post. sebenarnye tak perasan pun harini tarikh cun..so apa yang menarik hari ni?? Cikputih pagi2 dapat berita gembira. one of my friend, Noor Masnira dah dapat baby boi!! cantiknye besday baby ni. da la lahir 2.34pagi.tengokkk...tarikh cun, time cun...hehe

Semoga menjadi penyejuk mata dan hati ibu dan ayah ye baby...semoga menjadi anak yang soleh :)

Wednesday 5 December 2012

when you are sad....



Assalamualaikum....

Sometimes in your daily life, you will feel so sad, down, lost and give up.
Take a deep breath and say
"Allah tak akan membebankan seseorang hamba dengan apa yang dia tidak mampu tanggung"
and keep believe that
"Allah is the best in what ever He do"
then go and take wudu'
talk to He what ever you feel.
Believe me...
after that you will feel more comfortable..... :)