Wednesday 21 May 2014

Dilema

gajah sama gajah bergaduh, sang kancil di tengah mati tersepit

Please. Stop being so ego or arrogant or anything that you are think other people shouuuuld follow your own keselesaan. Please respect others responsibility and emotional too. What ever you are please keep down to earth. Ular tak hilang bisanya kalau menjalar di celah rotan. huhhhh!!!! BENCIIIIII!!!!

Monday 12 May 2014

Hobi

Assalamualaikum readers :)

Apa hobi awak?
Dulu-dulu time sekolah rendah ada isi borang apa tah. Tiap tahun kejenya tanya cita-cita apa dangan apa hobi. Kalau cita-cita tiap tahun berubah. Kejap cikgu esok tukar polis esok tukar lg.haha Nampak sangat tak ada consistant passion.wahahha... Tapi to be truth, bab hobi tak penah bertukar. My hobby is reading. I look books, new paper and any kind of reading material. Sampai dah tua bangka ni pun masih suka membaca. Cuma buku dah ada pesaing hebat. Internet dan TV.huhu

Membaca ni tak penah menjemukan. Selain dapat berangan, (hahaha) melalui pembacaan jugak kita dapat 'mengembara'. Serius. Ada sesetengah buku yang dihasilkan dengan sangat bagus oleh si penulis. Olahan ceritanya seolah-olah kita pun ada di sana. Ok lets have some example.

1. Penulis Melur Jelita

Baca buku ni saya macam tau in detail tentang perkampungan Champa di Myanmar. Boleh bayangkan kampungnya, orang kampung, 'Abg pedas', si nakal Iris..boleh pegi link ni untuk baca sedikit petikan

novel. http://www.penulisan2u.my/2012/09/novel-i-love-you-stupid-9-2/

2. Penulis Arwah Wan Ahmad Fadzil
Buku dia namanya Diari seorang diplomat (http://bukugaleri.blogspot.com/2012/11/diari-seorang-diplomat-hikmah-yang.html)

Buku ni pulak kalau baca dapat bayangkan suasana di Pakistan. Al-Fatihah untuk penulisnya. Buku ni dapat jugak dibukukan hasil usaha ibu embun dan kekwa iaitu isteri kepada si penulis (Mawar Nafastari). Respect sangat kat akak ni. Kuat semangat dia. Oh akak ni ada blog jugak.

Reading books have plenty of advantages for all of us. Start reading. Its good for you and your child too.hee~

Tips 1: Untuk pelajar UTM Skudai

Tips elak saman. Lebih kurang sebulan sebelum minggu peperiksaan akhir, elakkan buat kesalahan yang remeh seperti:
1.       lalu kat kawasan lingkaran ilmu dengan menaiki kenderaan berstiker pelajar di waktu pejabat.
2.       Tak pakai helmet bagi penunggang dan pembonceng motosikal.
3.       Parking bersepah. Highlight: kawasan larangan. Bg student yg parking dekat dgn blok makmal FKM, elakkan kawasan belakang CICT. Situ kawasan boleh saman. Ada yang tak perasan signboard larangan tu.hehe
4.       Sila pakai berpakaian kemas time smart day
5.       Elakkan pakai selipar ke kuliah terutama minggu hujung2 ni
6.       Jangan lupa bawak kad matrik. Nampak je pak guard boleh terus klip ke baju or tudung etc.
7. Jangan lah nak lalu jalan-jalan 'shortcut' terutama pukul 9, 3-4. Biasa time ni pak guard akan duduk kat satu-satu kawasan yg biasa student guna sbg shortcut.hihi

Biasanya time ni penguatkuasaan lebih kerap. Satu sebab nak habis sem. Student yang nak grad kene bayar semua hutang termasuk saman dan hutang di library kalau nak dapat transkrip bile dah konvo nanti. Keduanya pelajar yang berhutang tak boleh nak register subject untuk semester yg seterusnya. Hehe

Tu jelah kot. Sekarang ni pak guard UTM dah makin cergas. Depa dah nek beskal dan pakai bj tshirt besa ja..senang nak masuk ceruk2 nak saman student. So kamu2 semua sila lah berhati2 J

Yang benar,
Super senior anda.hehe

Monday 5 May 2014

Ada Apa Dengan Nama :)

Assalamualaikum readers :)

Nama. Semakin canggih teknologi di dunia, semakin panjang, berbunga-bunga dan berbelit-belit nama si anak. Belum masuk si kaki drama, maka nama anak ikut trend nama watak drama kegemaran. Yang minat hollywood pulak lain ceritanya. 

Bagi anak yang baru lahir, pada hari ke 7 disunatkan di akikahkan, dicukur rambut ditimbang dan disedekahkan nilai emas seberat rambut anak tersebut dan berikanlah ia dengan nama yang baik.

Nama. Tujuannya untuk dipanggil. Berikan nama yang baik. Semoga ia menjadi doa setiap kali kita memanggilnya. Nama yang baik hendaklah mempunyai makna yang baik dan bermakna.

Lets read some articles regarding name. I'm copy and paste here so in future I can re-read it when it is needed :) Good knowledge need to share! Enjoy reading friends.

Dari tulisan Ahmad Fathi Muhammad, Senior morocco.
Mendengar nama-nama anak di Malaysia seringkali menjadikan saya menggeleng kepala. Berikut adalah beberapa perkara ringkas berkenaan trend masyarakat melayu dalam memberikan nama kepada anak.
Pertama: Panjang lebar dan bersimpang siur untuk disebut.
Tujuan nama adalah untuk dipanggil bukan untuk dibanggakan. Justeru, orang arab hanya menamakan anak mereka dengan satu perkataan sahaja atau paling banyak pun hanya dua patah perkataan seperti Abdul Rahman, Ahmad, Khalid, Khadijah, Fatimah Zahra dan sebagainya.
Kalau kita melihat kepada jenama-jenama perniagaan pun, peniaga akan meletakkan nama yang ringkas kepada perniagaan mereka, bukan nama yang panjang lebar kerana itu lebih mudah diingati dan dikenali. Sependek-pendek nama pun, akan cuba dipendekkan lagi oleh pemanggil apabila berkomunikasi. ‘Rahman’ menjadi ‘man’, Ismail menjadi ‘mae’ dan pelbagai lagi oleh masyarakat melayu.
Orang Melayu kini: Nama yang diletakkan itu mencecah 3 perkataan malah ada yang sampai 4 perkataan. Sudahlah nama anak panjang, nama ayah pun panjang, akhirnya satu kes diceritakan kepada saya sehingga tidak cukup petak untuk mengisi nama di borang. Akhirnya nama ayah ‘Zakaria’ terpaksa dipotong menjadi ‘Zakar’ kerana tidak cukup petak.
Kedua: Makna yang terlampau meninggi atau memuji diri.
Rasulullah sendiri menukar nama seorang perempuan yang bernama ‘Barrah’ kepada Zainab kerana nama Barrah itu memberikan maksud ‘seorang perempuan yang terlampau baik’. Justeru, sebahagian ulama meMAKRUHkan nama-nama yang semaksud dengannya seperti ‘iman’, ‘taqwa’, ‘nur Islam’ dan sebagainya (Rujuk kitab Tasmiyatul Maulud oleh Sheikh Bakr Abu Zaid)
Imam Nawawi sendiri apabila diberikan gelaran kepadanya sebagai Muhyiddin, beliau benci kepada gelaran tersebut kerana maksud gelaran itu ‘Penghidup agama’. Baru diberi gelaran, bukan nama kerana gelaran sebegitu terlalu memuliakan diri walaupun sebenarnya beliau layak mendapat gelaran tersebut atas sumbangannya kepada agama Islam tetapi beliau tetap membencinya.
Orang Melayu kini: Nama yang diberikan kepada anak bagai satu darjah kebesaran daripada raja dengan maksud-maksud yang begitu ‘bombastik’. Nama seperti Khairul Bariyyah= sebaik-baik makhluk, Altaf Nisa= Selembut-lembut perempuan dan sebagainya adalah termasuk dalam nama-nama yang makruh untuk diberikan kepada anak. Tapi sayangnya menjadi trend dalam masyarakat dengan ‘restu’ golongan agama.
Ketiga: Nama yang tidak digunakan oleh orang arab sebagai nama.
Dengan arus kemodenan kini, masyarakat melayu begitu kreatif mencipta pelbagai produk bagi kehidupan, produk makanan, produk kecantikan dan sebagainya. Namun, kekeratifan mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dalam soal memberikan nama kepada anak mereka pun turut kreatif sehinggakan munculnya nama-nama arab yang dicipta oleh orang melayu yang tidak pernah didengar oleh orang arab sendiri.
Masyarakat Melayu kini: Cukup kreatif mereka cipta nama anak dengan pelbagai teori. Ada yang menggunakan teori gabungan nama ayah dan ibu bagi mencipta nama anak tanpa mempedulikan maksud yang terhasil. Ada yang mencipta nama dengan teori ‘asalkan ada bunyi arab dan sedap didengar’ maka kira okeylah tu, lalu terhasillah nama seperti ‘Anzalna’= Kami turunkan, ‘Medina’= Bandar, ‘Antasha’= Kamu adalah sha (Asalnya Anta shamsun lalu digabungkan dan dipendekkan) dan sebagainya.
Dunia realiti: Anak yang diberikan nama yang ada bunyi arab sebegini tanpa mempedulikan maksudnya dibimbangi akan menghadapi masalah kerendahan diri apabila berada di Negara arab dan bergaul dalam masyarakat arab. Kasihan sungguh melihat orang sebegini diketawakan di pintu masuk imegresen di Negara arab dek kerana nama dalam passport yang begitu mencuit hati pegawai imegresen arab. Nama arab tapi orang arab sendiri tidak menggunakannya sebagai nama. Lebih baik menggunakan nama melayu seperti cempaka, mawar, seroja daripada mereka cipta nama arab yang pelik-pelik.
Sekian, wassalam.
*Maaf andainya mengguris hati sebahagian pihak melalui tulisan ini. Andainya anda telah dinamakan dengan nama-nama di atas maka kekalkanlah nama anda, saya tidak meminta anda menukarnya dan menghormati nama anda tersebut. Tetapi andai anda bakal menimang cahaya mata, maka perbaikilah nama anak anda kepada nama yang lebih baik. Jangan terikut-ikut trend. Maaf sekali lagi andai tulisan saya mengguris perasaan mana-mana pihak. Wassalam.