Sunday 18 October 2015

Review: Hotel Unik Bandung

Assalamualaikum readers,

Bulan lepas, September 2015 saya dan beberapa orang ahli keluarga telah pergi merehatkan diri sambil bercuti ke Kota Bandung, Indonesia. Hotel Unik yang terletak di Jalan Hj. Akbar merupakan salah satu tempat penginapan kami.

Yang menarik di sini:
1. Ruang bilik yang luas. Saya tempah bilik untuk tiga orang yang memuatkan satu katil bujang dan satu katil queen. Juga terdapat kerusi, alamari serta meja tv.

2. Berdekatan dengan Kartika Sari dan kilangnya. Hanya dengan berjalan kurang 5 minit boleh sampai ke Kartika Sari yang menguji nafsu makan. hahaha

3. Tidak jauh dari Pasar Baru Trade Centre. Kalau jalan agak jauh jugak, dalam 15 ke 20 minit berjalan kaki. Tapi kalau nak senang, keluar ke jalan besar, ambil teksi atau angkot. 10 minit boleh sampai bergantung pada jalan raya.

Yang agak mengecewakan:
1. Hotel sedang dalam penambahbaikan. Semasa kami sampai, aktiviti baik pulih menggunakan varnish sedang dijalankan. Maka, baunya sangat tidak menyenangkan.

2. Tiada lif. Boleh la untuk orang muda. Tapi untuk yang agak berusia payah sikit.

3. Kurang variasi sarapan pagi. Ada roti (beberapa keping), air panas (teh dan kopi), satu jenis makanan berat. Itu sahaja. Jumlah yang disediakan juga tidak cukup dan kita terpaksa berkali - kali memanggil pekerja hotel untuk menambah itu ini.

4. Toilet agak berbau.

5. Pemandangan luar yang agak sempit dan tidak menarik.

6. Hot shower tak berfungsi langsung!


Rumusan: Hotel ini hanya sesuai untuk mereka yang langsung tidak berkira dan tempah hotel hanya untuk tido sahaja. Untuk saya, tak kan pergi lagi. huhu