Makna dari segi
Bahasa
Tumbuh atau
bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna
pembersihan dan kesuburan kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta
pencarian dan simpanan menjadi bersih dari sesuatu yang haram dimiliki iaitu
hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya serta hasil
pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.
Makna dari segi Syara’
Nama daripada
harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat
tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari
harta/pendapatan/perniagaan/tanaman/ternakannya sama ada di dalam betuk wang
atau bijian atau ternakan dengan kadar teretentu (2.5% atau 5% atau 10%)
bergantung kepada jenis harta yang diserahkan kepada pihak berkuasa yang
mengutip zakat, untuk diagihkan kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak
menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa
menguruskannya.
Pengertian Zakat
Zakat adalah salah
satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang
Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang,
Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak
untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan
pada tahun kedua Hijrah.
No comments:
Post a Comment