Golongan yang berhak menerima zakat:
Mereka itu
(mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.
انما الصدقات للفقراء
والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن
السبي
Fakir:
orang yang pendapatannya kurang daripada 50% keperluan hariannya. Contohnya dia
memerlukan RM50 tetapi dia hanya berpendapatan RM24 dan kebawah.
Miskin:
orang yang pendapatannya 50% dan keatas dari keperluan hariannya tetapi tidak
sampai 100%. Contohnya dia memerlukan RM50 tetapi pendapatannya hanya RM25 dan
keatas namun masih tidak sampai RM50.
Amil:
orang yang ditugaskan untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia ialah islam,
merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat. Golongan yang termasuk
sebagai amil adalah: orang yang memungut zakat, yang menira, menyukat dan
menimbang zakat, orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin, kerani zakat,
orang yang membahagikan kepada mustahikkin.
Mualaf:
orang yang dijinakkan hatinya dan mereka terdiri daripada 5 golongan:
i.
Orang
kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
ii.
Orang
kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya,
diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
iii.
Segala
orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain
dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan
negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan
pekerjaan mereka itu.
iv.
Orang
islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan
zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan
orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada
pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan
pekerjaan mereka itu.
v.
Orang
yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat)
sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat.
Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana
mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh
dilantik oleh pemerintah.
Hamba
mukatab: hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada
tuannya. Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang
melepaskannya daripada kehambaan. Sekiranya hamba itu telah membayar dengan
harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar
dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat
itu.
Orang
yang berhutang:
i.
Berhutang
kerana hendak mendamaikan 2 orang/puak yang membantah tentang pembunuhan atau
harta yang hilang. Zakat diberikan sekadar membayar hutang.
ii.
Berhutang
sesuatu untuk kegunaan umum spertu jamuan kerana membina masjid, jambatan dan
lain-lain.
iii.
Berhutang
kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat
kebajikan atau pada pekara yang harus. Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah
hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak
mampu membayarnya.
iv.
Orang
yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain.
Orang
yang berperang di jalan Allah.
Ibnu
sabil: orang yang musafir. Musafir yang
kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari
negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau
orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Syarat orang yang mengambil zakat:
- Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
- Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
- Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
- Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitu juga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
- Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.
No comments:
Post a Comment