Showing posts with label seharian. Show all posts
Showing posts with label seharian. Show all posts

Wednesday, 18 January 2017

Tahun baru di tempat baru

Assalamualaikum readers 😉😉

Maaf lama sangat tak update blog berhabuk ni. Sekarang ni saya dah pindah ke tempat baru. Keluar dari rumah parents untuk ikut suami yang dah beberapa bulan pindah kat IPOH ni. Oleh kerana sekarang dia dah susah sangat nak cuti - sabtu pun kerje oi- maka terpaksalah saya pindah ke sini jugak. Kebetulan yg indah, suami dapat rumah sewa yang within his budget. Alhamdulillah. 😍

Saya masih lagi berusaha gigih nak siapkan PhD yang krikkrik ni. Moga tahun ni jugak saya mampu siapkan dan move on carik keje! Mohon doannya semuaaaa.
Till we meet again next time.

Assalamualaikum 

Saturday, 1 November 2014

Social media and keyboard warrior

Assalamualaikum readers :)

Zaman social media ni ada baik dan buruknya. tapi rasanya makin menjadi-jadi keburukan social media ni. terutama sekali di facebook.

semua orang boleh menjadi peguam, guru, scienties, doktor dll di FB. tak percaya? sila check FB masing-masing. terutama bila timbul hal-hal baru. contohnya macam kes 'I want to touch a dog'. semua orang yang kengkonon mahir dengan hal tersebut meluahkan pendapat masing-masing.

tapi kita harus ingat. kita tak boleh sesekali nak jadi ' I know everything' person dengan hanya secebis pendapat atau ilmu yang kita ada.

sifat orang yang berilmu dia tak akan sesekali berkata tentang sesuatu dengan sembrono atau ikut suka aku. sebab mereka tahu, apa-apa ilmu yang mereka ada tu sedikit sahaja berbanding segala ilmu yang ada di dunia (merujuk kepada ilmu ALLAH). Kalau mereka limparkan pendapat pun bertapis. dan mereka tidak akan sesekali merasa 'pendapat saya betul berbanding si polan si polan'.

kalau kita ada perasaan macam tu, check balik hati kita. mungkin ada yang tak kena.

keyboard warrior ni tak elok pun. mungkin ada yang betul tapi kebanyakkannya tidak. malah mendatangkan masalah yang lain!

so lepas ni, kalau nak post sesuatu kat mana-mana social media fikir sejenak before tekan enter tu.
'Adakah benda ini betul?'
'Adakah ia memberi manfaat?'

ha..kalau betul dan bermaafaat boleh la post/share/komen. kalau tak, ish....ilmu yang bermanfaat ni bagi pahala berpanjangan. kalau ilmu yang salah ni pun bagi dosa kering pada kita.

so...korbankan sekejap untuk berfikir.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kt fb sampai bila-bila org ingat :)

Assalamualaikum! :)

Wednesday, 11 June 2014

T_T

Sedih, kecewa tapi kena sabar.
Kadang terfikir kenapa jadi semua ni?
Penat menunggu.
Tapi jawapannya sangat mengecewakan.
Allah.
Sakitnya.
Aku lelah.
Aku letih Ya Allah.
Bantulah aku.
Sampai bila harus aku menunggu?

Wednesday, 21 May 2014

Dilema

gajah sama gajah bergaduh, sang kancil di tengah mati tersepit

Please. Stop being so ego or arrogant or anything that you are think other people shouuuuld follow your own keselesaan. Please respect others responsibility and emotional too. What ever you are please keep down to earth. Ular tak hilang bisanya kalau menjalar di celah rotan. huhhhh!!!! BENCIIIIII!!!!

Monday, 28 April 2014

Smartphone: Keperluan atau kehendak?

Assamalualaikum, readers :)

Sekarang ni zaman smartphone. Internet dihujung jari. Dari budak-budak sekolah ke orang tua semua dok kelek phone masing-masing tak kira tempat. Sibuk dengan social media. Tapi....ada sesetengah orang termasuklah penulis, masih tidak mempunyai smartphone. Ada lah beberapa kali terfikir nak shift to this new trend. Tapi teknologi smartphone ni semakin pesat. Kejap-kejap je dah keluar latest teknologi. Bila fikir nak beli smartphone je tertanya-tanya pada diri sendiri. Buying smartphone is a need or wish? haha sebab phone yg tengah guna sekarang ni baru beli 2010. condition dia masih elok utk call, msg, picture, online kdg2 (FB je lah yg laju sikit). dan fizikal dia pun ok. almost 90% macam baru. cuma tak canggih lah. tak boleh check email dimana-mana sajee. huhu tapi kadang-kadang orang pandang rendah. eh ko xbace lagi ke email die? padahal rutin bace email bagi student picisan mcm saya ni saya dah set sekali mase masuk ofis awal pagi dan before balik pukul 5 lebih. Itu pun jarang yg urgent. Cume perasaan rendah diri dan nak ikut trend tu je jadi sebab nak beli smartphone. adoi! sabar lah hai hati. dah keje nanti baru beli boleh? Sekarang ni rasanya belum perlu lagi kot. betul tak eh?

Tuesday, 25 February 2014

saya sedang bersedih

Lilo kat depan. Adik hero kat belakang.

Hari ini berlalu seperti biasa. Ke fakulti menyiapkan tugasan yang tak tahu bila penghujungnya. Tapi lepas lunch hour aku baru dapat berita one of my kitten, Lilo mati kene langgar kereta. I'm shock. People will say ala anak kucing je. kan ada yang lain. Tah la. May be for me they are my family too. Sedih la hai sampai mood petang nak siapkan keje ke laut. I love my family including my cats.

Bye bye Lilo. Acik mi sori tak jaga Lilo baik-baik. Acik mi sayang Lilo. Kesian kt mummy mase nampak Lilo kene langgar mummy dok jilat-jilat Lilo. Dia nak kejutkan Lilo. Adik Hero pun sama. Petang tadi dia nangis. Dia tak de kawan nak main kejar-kejar. Dia carik Lilo tak jumpe. Kakak Tompok, Abg Putih ngan Abg Ige main bola adik Hero dok tepi je tengok. Dorang dah besar. Adik Hero kecik lagi tak dapat nak kejar bola tu. Last-last Acik mi yang main dengan dia.

Bye-bye Lilo. Acik mi sayang Lilo. Mummy, Adik Hero, Abg ige, Abg Putih, Kakak Tompok dgn lain-lain pun sayang Lilo. We miss you Lilo.

Monday, 30 December 2013

selamat tahun baru!

Assalamualaikum semua...
Sedar tak sedar lagi beberapa hari nak masuk tahun baru 2014. Tahun baru maksudnya usia pun makin meningkat. So apa pulak azam tahun ni? Azam tahun lepas tercapai ke tak? hehe Aku pun dah tak ingat apa azam aku tahun lepas. kihkihkih Typical human!huh! haha So moh la kita berazam untuk tahun mendatang ni...

1. to stay healthy - makan sihat, aktif!
2. to be good muslim - do what Allah asked U! jg aurat bersungguh2, do some sort of sunnah
3. be good student! make sure dpt publish 1 paper journal dan attend 2 conference yg ad scopus indexed

Ya Allah permudahkan urusan hambaMu..

Thursday, 11 July 2013

Keunikan Ramadhan


Assalamulaikum...and hello readers :)
Harini dah 2nd of Ramadhan. Sape yang xpose ni p makan sorok2 ye..malu je ngan dak kecik yang usaha nak puasa tu..hehe

Ok. cerita pasal ramadhan ni. smue orang tau bulan ni orang Islam aka Muslim puasa. Yang non-muslim pun tau. So perasan tak beberapa perkara yang berlaku di bulan ni jeee...

1. Semua sebok tunggu azan Maghrib. Padahal sebelum2 ni time ni dok sebok layan drama kt tibi tige tu..hehe

2. Waktu keje abis awal. dlm kul 430 tu gomen da tutup da. balik umah siap2 masak lauk buka. tak pun siap2 jelajah bazar ramadhan. tehee

3. Wujudnye bazar Ramadhan. khas menjual makanan dan minuman. macam2 ada. tinggal bawak duit, pilih apa yg nak makan. mudah. tapi hati2 ye. pilih yang bersih sikit kedainya. owner yg jg sikit kebersihan, cara die sediakan makanan tu. takut2 sakit perut sbb keracunan makanan pulak.

4. Tiba2 ada siaran waktu berbuka dgn bersahur kat tibi. hehe time die bese petang2 dlm pukul 430 ke 5 ptg mcm tu. cikputeh suke bayangkan sahur kt utara, buka kt selatan xpun kt sabah sarawak.hahaha! ye la nak puasa kejap punye pasal. tapi xpenah la merasa. yang penah sahur kt jb, buka kt selangor. rase mcm lame gile.haha

5. Ramai org ke masjid time2 lepas maghrib nak masuk isya'. nak solat terawih berjemaah. tp besa awal2 Ramadhan je la yg penuh saff nye. makin lama makin surut. huhu *bersangka baik, dorang buat sendiri kt rumah la tu. lepas buat kuih rye :)

6. Bagi yg bujang2, laki pulak rajin pegi masjid time nak buka tu. hehe nak iftar free kt masjid. ok gak tu. dpt solat jemaah siap free makan lg :)

7. Byk yg amek kesempatan makan kt hotel2. yela depa buat mcm2 promosi buka buffer Ramadhan kan. ada yg affordable ada yang x. so tepuk poket ada duit jalannnn.hehe tapi sape yang makan sikit tu xyah la. membazir je. bayo memahal makan ciput. puihh. baik p bazar. jimaaaaattttt....hehe

8. Anak-anak yatim dan ibu tunggal diraikan. byk syarikat2 besar2 yang sponsor depa makan buka, bg duit rya, belikan bj raya. seronok depa. yela bulan baik ni sedekah lebih2 sikit. bg lembut hati tu. bg lg byk 'ong' masuk poket.hehe

9. Ramai yg makan kurma. yela sunnah kan buka dgn kurma :) Rasullullah penah bersabda ' rumah sape yg xde kurma, dia org miskin'. tp tu mungkin lebih sesuai utk org2 kt mekah madinah sana. sbb kan tu tumbuhan kt sana. lg pun, kurma ni sgt byk untungnya walaupun dia hanya masak bulan ramadhan. menurut ustaz, satu dahan pokok kurma tu kalau jual boleh dpt myr10k. ha! bayangkan. pokok kurma ni mcm pokok sawit tau. ce kira cikit bape dahan yg pokok sawit tu ada..huhu pttla depa ni mewah hidupnya. Subahanallah~

10. Bubur lambuk! Puasa je mesti ingat bubur lambuk kan!! hehe bese bole dpt free je kt masjid2 yang ada buat. tgk la. tak semua yang buat. ikut peruntukan masing2 :)

11. Kedai makan tutup waktu siang! Bukan ptg2 dlm kul 5 mcm tu. Bagus2...tak de la yg xpuase tu mudah sgt dpt makan kn..hehe


paling heaven and raree....hanya di JOHO

http://utm-dka-92-95.blogspot.com

AIR KATIRA!!!!

yang bestnye kt joho la. kalau cari kt tmpt lain xsame dgn yg kt joho...hehe

ok selamat berpuasa! :)


Saturday, 22 June 2013

jerebu

Salam

Currently in Johor and Melaka especially is facing have. Subahanallah. nikmatnye lah kalau hujan skrang ni. cuaca pun panas yg amat. Da seminggu tak dpt jogging kt luar. dekat luar bau udara mcm bau asap. kadar penglihatan pun so-so. tapi bila bernafas mcm ad particles dlm udara yg disedut. mata pedih. tekak dah sakit. fuhhh

Baru tau nikmatnya hujan yg Allah dah tarik kejap tu...

Singapura Jerebu
ni kt singapore
ikutkan kat malaysia ni ok lagi. Depa kat singapore lg teruk keadaanya. bacaan PSI pd tahap bahaya. so dok dlm rumah tutup tingkap pintu. kat tingkap tu bole la taruk kain basah nak perangkap debu tu.

ni kat UTM. hari khamis
kami dok dlm bilik kecik2 pun udara tak bersih. fuhh mari ponteng! :)

Ya Allah turunkanlah hujan rahmatMu...

Wednesday, 29 May 2013

sedih...

minggu yg tak seronok. 3 ekor kucing cikputih mati. sbb kematian tak tau :(
kakak mati pagi tadi. citam semalam. black sehari sebelum citam. kesian tgk kedek dgn gemok dah tak ad kawan nak men2. sunyi. dah tak de kakak nak manje2 before tido. dah tak de gedik2 si black bile die ngantok. dah tak de citam nak tido kt badan cikputih mlm2 :(
Tapi tak pelah. xtahan tgk dorg sakit. xnak makan semua. Sori kakak, citam n black. acik mi mintak maaf kalau ad marah2 korg. i will missing you all....... :'(
kakak
 
kiri- citam kanan-black

Thursday, 16 May 2013

terima kasih cikgu!

seorang negarawan, peguam, doktor, engineer dll bermula dengan ihsan tenaga, masa dan kudurat seorang guru.
mengajar tanda jemu
mendidik dengan sabar
menegur tanda dendam

Dia seorang guru
mengajar ratusan mungkin ribuan murid
tanda mengarapkan secebisan balasan
dengan ucapan terima kasih cikgu
mampu membuat mereka gembira

Dia seorang guru
dengan usahanya dia mengajar tanpa berkira
anak siapa yang diajar
ikhlas
masa
tenaga
duit

Dia seorang guru
walau mengajar 
ABC
123
alif ba ta
hingga ke
operation management
dynamic static

Dia seorang guru
dari mula mengajar hingga ke akhir hayat
disapa mesra panggilan cikgu
tidak kira usia tua dan muda
penghormatan tertinggi tidak terkira

Terima kasih cikgu!

khas untuk semua cikgu-cikgu saya, pensyarah dari Tadika Ihsan UTM, Sek Keb Sri Skudai, Sek Men Skudai, Sek Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Sekolah Memandu Bunga Raya, Pusat tusyen minda gemilang, pusat tusyen Muet, Kolej Matrikulasi Johor dan UTM Skudai. Terima kasih pada semua yang menjadi guru secara tidak langsung - ibu, ayah, abg, adik2, kwn2, rumate, semua!


Tuesday, 19 March 2013

meet his family :)

16/3/2013

venue: pontian and tampok

activity: meet his family

mood: maluuuu.....

Alhamdulillah...everything goes well.. :)

Sunday, 10 March 2013

harapan

Ya Allah...permudahkan urusan pembelajaran ku. Limpahkan idea untuk aku menyiapkan kerja-kerja. Kuatkan hatiku semangatku. Semoga dengaNya aku dapat menyebarkan ilmu bermanfaat kepada mereka yang lain. Jangan Kau biarkan dengan ilmu ini aku menjadi lalai dengan urusan duniaMu. Ya Allah...hanya kepadaMu aku meminta dan berharap. Makbulkanlah doaku ini...Amiin~





kawan-kawan...doakan cikputih leh siapakan research ni ye...cikputih tgh stress sgt lately..

Monday, 25 February 2013

moooonday

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hello Monday!
Jom mulakan minggu ini dengan sedekah :) senyummmm.... hehe senyumkan sedekah paling murah dan tak perlu kuarkan duit!

Start or you will never end it!

Believe in yourself!

Wednesday, 20 February 2013

sometimes life is too complicated. itu tak kena. ini tak kena. duduk salah. berdiri penat. letih. sunyi. kepala mula lah pikir yang tah hape-hape. 

tapi sedar tak kita. dugaan. cabaran. rasa sedih. rasa gelisah. tu semualah yang mencorakkan hidup kita. menjadikan kita manusia yang kuat untuk teruskan hidup yang semakin ke penghujungnya.

ya ALLAH. baiknya ALLAH. even kita jahat. lalai. degil. tak patuh perintahnya. selalu leka. DIA still bagi kita masa. kadang-kadang DIA bagi kita ujian. dugaan. bagi kita tersedar dan cepat-cepat istighfar. ingat asal kejadian kita. ingat kat DIA. kita zikir sikit. solat laju-laju. kadang-kadang buat benda baik. tapi DIA tak pernah kurangkan walau sedikit nikmatNya kepada kita.

SUBAHANALLAH..

YA ALLAH. BIMBINGLAH AKU. PIMPINLAH AKU MENJADI HAMBAMU YANG SEMPURNA MELAKUKAN SURUHANMU. BENCI KEPADA LARANGANMU. JANGAN KAU AMBIL IMAN DAN ISLAM YANG TELAH KAU BERIKAN. AMIN..

Monday, 18 February 2013

Hadiah kawen


Assalamualaikum readers J

Hari ni cikputih nak story mory pasal kenduri kawen!! Opss bukan cikputih la yang nak kawen. Tapi kawan-kawan cikputih. Ramai yang dah tukar status. Hehe cikputih??insyaAllah...Dia dah preparekan semuanya untuk kita semua. So get ready je. Hehe
cikkiwis.blogspot.com
So arini cikputih nak highlighkan benda yang paling memeningkan kepala kalau nak g kenduri terutama kenduri kawen kawan. Apakah dia?? Pada cikputih adalah hadiah!!! Huhu cikputih selalu pening giloss kalau nak piker apa nak bagi kat pengantin. Almaklumlah student. Duit pun kena jimat-jimat kan. J Cikputih prefer kalau depa bagi list apa yang dorang nak untuk hadiah. So kita tinggal pilih je dari list tu.hehe Si pemalas kan. Malas nak perah otak so baling dadu je pilih hadiah untuk si pengantin..huhu
ran-farah-mouri.blogspot.com
Antara hadiah yang biasa cikputih bagi pulak dan semakin bosan adalah:
·         Set pinggan mangkuk
·         Set minum petang
·         Frame

Ha itu je..hehe Kawan-kawan biasa bagi apa ye kat pengantin? Ce share sikit... 

Tahun ni bersusun pulak kawan-kawan yang kawen. Siap kene pilih-pilih mana yang nak pegi. Yela dorang dok jauh dari cikputih. Nanti duit minyak toll g..huhu Lagi-lagi kawan single yang leh dok usung pegi kenduri dah sold out (hahaha...da kawen semuenye...) lagilah malas nak pegi yang jauh-jauh. Hopefully kome faham la nape teman x sampe ke kenduri kome tu ye..hihi

Idea...oh idea...please come to mama babehh haha over tau~~ Susah-susah sangat salam berisi je la ngan mak pengantin. hehe

Till then, Salam.
Jaga diri, jaga iman J

Tuesday, 5 February 2013

Hye Malaysia!

haha entry poyo kengkonon baru balik holiday kannn... :p

cerite berjalan makan angin will be update sooon..kalau rajin lah ye :D

p dot s sesape nak kawen moh kite poie viet nam. murah oiiii. serius bole muflis pegi sane.haha opss untuk kaki beli belah je la..

Ecah kawen!

Assalamualaikum...helo readers! haha ade ke?? tettt :p

I suddenly realize that im so emotional when attending someone solemnization especially my buddy. sob3... lembik sangat hatinya Cik Putih oi oi oi..huhu Alhamdulillah last Saturday one of my bf in school get married. sob..sob...sob... but but but unfortunately im unable to attending her solemnization and also reception. hoi!hang nikah tak plan awal2 ngan aku kn..tengok den xdapat poie...adoii rasa ralat sangat. Yela..we were best friend kot. Dari mula start kawan tu tak ingat in exactly. But we were from same primary, secondary until form 3 and also matrix, KMJ. Rapat lah kan. Balik Skudai sama-sama. Then when she get married you did not attend. Toingg...mcm nak ketok kepala sendiri..huhu

Dengan ini saya ingin memohon maaf sesangat kat sahabat kecik-kecik saya NUR AISYAH ISMAIL...aka ecah.. tak dapat nak attend majlis kau oi oi oi. Nanti before aku balik Perak i will drop by ur house nak anto peresentss..hehe Special punye sebab tak dapat attend kenduri kan..

Aku doakan ko bahagia dunia akhirat. :)

gambar curik dr fb pengantim sendiwi..huhu :D

Tuesday, 25 December 2012

DIA

Assalamualaikum....


Lama dah tak tulis pape kat blog ni. asik-asik post pic/quotes dr FB..Lately mood tgh tak stabil. Kadang-kadang hepi. Selalu2 bad mood. huhu...

Kadang-kadang kita rasa sedih sangat. Rase mcm useless, tak berguna, tak dihargai. Tapi kite tak tau nak luahkan pada sapa. Kita rase semua org pandang rendah pada kekurangan kita. Benci dengan kehadiran kita. Kita rase sorg2 je kat dalam dunia ni even kita ada beribu kawan. Tapi mcm smua tiba2 sibuk, bz, xde masa utk spend dengar pe masalah kita share pendapat dengan kita. End up kita hug si kacak, bawak masuk bilik, kunci pintu dan nanges dengan si kacak. Si kacak pelik..Tapi kita still rase belum cukup lagi. Kita siap2 mandi bersihkan diri dan pergi jumpa DIA. Yes! DIA sentiasa ada. Die dengar je apa2 yg kita nak share. Die sentiasa ada. Tak kira masa walau kita selalu lupa DIA. Buat yang DIA larang. Abaikan apa yang DIA suruh...Lepas jumpa dan share masalah dengan DIA, kita rase tenang. Kita terus tido dan pagi esok kita bangun dengan harapan yang baru..


DIA sentiasa merindui hamba-hambanya............