Assalamualaikum readers,
Bulan lepas, September 2015 saya dan beberapa orang ahli keluarga telah pergi merehatkan diri sambil bercuti ke Kota Bandung, Indonesia. Hotel Unik yang terletak di Jalan Hj. Akbar merupakan salah satu tempat penginapan kami.
Yang menarik di sini:
1. Ruang bilik yang luas. Saya tempah bilik untuk tiga orang yang memuatkan satu katil bujang dan satu katil queen. Juga terdapat kerusi, alamari serta meja tv.
2. Berdekatan dengan Kartika Sari dan kilangnya. Hanya dengan berjalan kurang 5 minit boleh sampai ke Kartika Sari yang menguji nafsu makan. hahaha
3. Tidak jauh dari Pasar Baru Trade Centre. Kalau jalan agak jauh jugak, dalam 15 ke 20 minit berjalan kaki. Tapi kalau nak senang, keluar ke jalan besar, ambil teksi atau angkot. 10 minit boleh sampai bergantung pada jalan raya.
Yang agak mengecewakan:
1. Hotel sedang dalam penambahbaikan. Semasa kami sampai, aktiviti baik pulih menggunakan varnish sedang dijalankan. Maka, baunya sangat tidak menyenangkan.
2. Tiada lif. Boleh la untuk orang muda. Tapi untuk yang agak berusia payah sikit.
3. Kurang variasi sarapan pagi. Ada roti (beberapa keping), air panas (teh dan kopi), satu jenis makanan berat. Itu sahaja. Jumlah yang disediakan juga tidak cukup dan kita terpaksa berkali - kali memanggil pekerja hotel untuk menambah itu ini.
4. Toilet agak berbau.
5. Pemandangan luar yang agak sempit dan tidak menarik.
6. Hot shower tak berfungsi langsung!
Rumusan: Hotel ini hanya sesuai untuk mereka yang langsung tidak berkira dan tempah hotel hanya untuk tido sahaja. Untuk saya, tak kan pergi lagi. huhu
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts
Sunday, 18 October 2015
Thursday, 12 February 2015
Tips kembara budget tapi best
Assalamualaikum :)
Saya, adik dan ibu baru balik dari Ho Chi Minh city. Berjalan sambil beli barang tertentu untuk majlis yang bakal dirancang. Lately ni saya dan adik beradik suka melancong tapi kami mempunyai masalah kewangan. Bukan tak ada duit tapi sebagai pelajar dan seorang lagi baru berkerja sambil bawa ibu yang dah pencen, tak ada lah istilah perlancongan mewah. Tapi Alhamdulillah, kali kedua buat kembara budget ni we had fun!!
Antara tips yang saya selalu buat sebelum kembara:
1) Penting! Beli tiket flight time promo. Masa pegi KK tahun lepas kami dpt 0 fare. wuhuuu Ini keje ibu kami lah. Dia memang rajin bukak dan tgk bila AA ada promo. Opss bukan nk promote AA tp so far tu je yang ibu kami tgkkan.hehe
2) Book hotel sebulan sebelum pergi. Melalui pengalaman saya, kalau kita dok search kt Agoda, booking.com tapi kita tak book pun mana-mana hotel, mereka akan keep update dengan kita bila ada promo murah. Tapi bukan dalam masa terdekat la. Biasanya kalau book less than one week, harga dia tak ada lah berbaloi sangat :)
3) Rajinkan diri buat research tentang tempat yang nak dituju. Blog walking. Thanks to all kembara's blog yang banyak bagi tips tentang tempat shopping, tempat menarik, dan info2 berguna yang lain.
4) Guna pengangkutan awam seperti bas. Pengalaman saya semasa di HCMC, kami naik bas dari Ben Than market ke china town. Harga tiket utk 3 orang hanyalah 15, 000 dong sehala. Dan orang tempatan sangat baik untuk tolong kita. Macam kami yang pada mulanya tak tau harga tiket, dibantu oleh seorang wanita vietnam. Baik sangat walaupun muka tada senyum..huhu Bell boy hotel cakap tambang teksi ke chinatown dalam lingkungan 160, 000 dong sehala. nampakkkk takkk. ibu saya cakap boleh beli kain dua pasang lagi balance duit tu.huhu
5) Rajinkan diri baca peta. Yang ni penting gak. Kadang-kadang ada tempat yang dekat yang kita boleh jalan kaki je. Jimatkan kos selain dapat excercise. hehe
Itu je kot tip dari saya. Korang ada tips lain nak tambah?
Thanks for reading :)

Sunday, 5 January 2014
Sarawak: Day 1
Assalamualaikum semua!
Hari ni nak sambung cerita pasal trip ke Sarawak hari tu :) Kami sampai di Lapangan Terbang Kuching pukul 12 tengah hari.
Untuk pengetahuan dan peringatan sesiapa yang nak bercuti atau ke Sabah atau Sarawak, bagi kita orang Semenanjung, masa sampai di lapangan terbang, kita kena lalu Imigresen. Tunjuk IC atau sesiapa yang ada pasport boleh serahkan kat mereka untuk di cop masuk. Kalau IC tu nanti kita akan dapat permit masuk macam tiket bas je saiz dia. Kita kena simpan dan serahkan pada mereka bila nak keluar dari Sarawak nanti. Limit permit tu 90 hari ye.
** untuk kanak-kanak, pastikan bawak surat beranak. Sebab mereka nak refer nama ibubapa dalam tu :)
| Kad putih tu la permit masuk Sarawak. Jangan hilangkan OK:) |
Lepas keluar je boleh ambil bagasi dan keluar. Kami dah book shuttle van untuk ke bandar Kuching sebelum ke sana. So masa kami sampai je kami terus ke kaunter syarikat tersebut. Dia terletak dalam kawasan lapangan terbang tu je. Keluar dari kastam tu ambil belah kiri. Kat situ ada beberapa kaunter kereta sewa dan shuttle van/bas.
** untuk pengetahuan korang, saya dimaklumkan tiada perkhidmatan bas awam dari lapangan terbang ke bandar Kuching. So kalau korg nak ke bandar kena guna perkidmatan kereta sewa, shuttle van (mcm kami) atau shuttle van hotel masing2.
Jarak dari lapangan terbang ke bandar dekat je. Dalam masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Shuttle van yang kami tempah tu harga dia RM10/person sampai ke Tune Hotel Kuching. Tune Hotel terletak bersebelahan dengan Hilton Hotel.
Rancangan kami untuk hari pertama ini adalah ke Kampung Budaya Sarawak (KBS) yang terletak di Kaki Gunung Santubong. Untuk ke KBS, kami dah tempah shuttle van dari Hotel Grand Margherita yang terletak di sebelah pusat membeli belah Sarawak Plaza.
Tambang ke KBS ini RM24/orang untuk dua hala. Boleh jugak kalau nak tempah sehala je jadi half price la. Kalau nak beli tiket KBS sekali pun boleh. Tapi sebab kami berdua ni special case - sorang senior citizen with pension card dan seorang student, jadi kami hanya beli tiket pergi balik ke KBS. Shuttle van ini akan pick up pelancong dibeberapa hotel sebelum ke KBS. Jarak dari bandar ke KBS ni dalam 45 minit ke 1 jam. Tapi abg van ni bawak mcm pelesit. huhu Laju gilos. Yelah jalan dia hari-hari lalu kan. Sepanjang jalan hampir sampai ke KBS ni mula nampak orang-orang kampung jual pelbagai sayur kampung. Buah-buahan pun ada jugak. Ramai yang berhenti. Mungkin harganya murah dari di pekan/bandar kan. KBS ni terletak berhampiran pantai Damai.
| ini pintu masuk KBS |
Tiket masuk ke KBS ialah:
Dewasa - RM60
Kanak-kanak - RM30
Kanak-kanak bawah 6 thn - percuma
Warga Emas/ Orang pencen - RM30 (bg org pencen jangan lupa bawak kad pencen)
Pelajar - RM15 (sila bawa kad pelajar)
KBS ni buka dari 9pagi sampai 5 petang. Tiket yang dibeli tu boleh guna sehari. Kiranya once kita dah beli, kita boleh keluar masuk KBS dengan syarat, stiker yang dia bagi tu jangan tanggalkan la. Oh lupa, semua yang masuk ke KBS kecuali pelajar akan diberi pasport untuk kumpul cop setiap rumah. Keseluruhan ada 7 buah rumah. Masing-masing akan tunjuk adat mereka. Ada juga yang jual kraftangan dan makanan tradisi kaum masing-masing. Selain itu, ada juga persembahan kebudayaan setiap pukul 11.30 pagi dan 4 petang. Maklumat lain boleh refer ke website Sarawak Cultural Village.
| Rumah panjang Bidayuh |
| Rumah Iban-rumahnye tak nampak.haha |
| Rumah Penan |
| Sexy-man Orang Penan |
| Rumah Orang Ulu - tiang dia cantik.hee |
| Rumah Orang Ulu- tinggi! |
| Sword Making Shed |
| Rumah Melanau - pun tinggi! Nak masuk rumah naik tangga. masuk bilik ada tangga lagi. naik lagi ada tangga lagi. tangga kecik. fuhhh naik laju turun macam siput.haha |
| Rumah Melayu - sama je dgn yg kt sini |
| Rumah Cina - ada jual sarang burung |
| Yang bumbung tinggi tu theater room tempat pertunjukan kebudayaan diadakan |
Tempat ni best jugak sebab kita dapat tengok sendiri cara hidup mereka. Kan Sarawak ni banyak budaya. hehe Seeloknya datang pagi lah. So ada yang melayan- orang-orang dari kaum ni semua. Masa kami datang dah petang so dorang pun da penat. Nak pusing KBS ni makan masa 1jam hingga 1 jam 30 minit. Habis je pertunjukan kami pun keluar. Shuttle van da tunggu untuk bawak kami balik ke bandar Kuching.
Sampai je kat hotel, kami ambil beg dan bergerak ke Masjid India yang terletak berhampiran dengan Jalan India untuk solat jamak. Nak cari masjid ni senang je. Lalu je ikut Sarawak Waterfront sampai nanti nampak antara kedai ada tulisan Masjid Kuching warna hijau.
Lepas solat dan rehat kejap kt masjid tu kami makan di Waterfront Kuching. Ada banyak gerai-gerai makan. Tempat ini pun happening gak. Ada orang lepak-lepak. Orang nyanyi2. Kira tak sunyi la. Kami makan sambil tunggu anak buah ibu datang pick up untuk bawa ke rumahnya di Kota Samarahan!
Hari yang penat so sampai je rumah terus mandi dan tido! Next day kita sambung lain kali ok :)
Monday, 30 December 2013
Sarawak
Hari tu aku dan ibu sempat melawat dan jalan-jalan ke Kuching Sarawak sebab anak buah ibu kawen dengan orang sana. So kami datang nak tangok tempat mereka di sana. Aku teringin nak ke sana sebab ini pertama kali aku ke Sarawak. Nak tengok budaya dan orang-orang di sana.
Before ni bila fikir sarawak hanya terlintas kek sarawak, ikan terubuk dan kaum-kaum yang pelbagai. Kali ni nak rasa pulak udara disana :)
Kami dari Johor naik flight ke LCCT se awal pukul 0715 pagi. flight JBH-KUL 45 min je. Sampai sana sarap dulu sebab flight ke KCH jam 1015.
Antara tempat yang sempat kali lawat ialah:
1. Kuching waterfront
2. Masjid India
3. Kampung budaya Sarawak
4. Serikin
5. Tasik Biru, Bau
6. Jong Crocodile and zoo
7. Pantai Pasir Pandak
Detail pasal tempat-tempat ini semua aku akan cerita di next entry kalau ingat lagi.hehe byeee...
Sunday, 17 February 2013
Holiday di Vietnam
Salam....Hai readers... :)
Baru-baru ni cikputih dengan parents dan adik p holiday ke Ho Chi Minh City, Vietnam... Hoyehhh Seronok ok untuk si kaki shopping. Nak-nak perempuan. Currency Vietnam compare to Malaysia a bit low. Dah la barang-barang murah compare dengan Malaysia...currency lg murah. Tak ke heaven? hehe Tapi holiday kali ni lebih kepada jalan-jalan cuci mata dan shopping. Kami tak pegi sangat tempat-tempat yang bese pelancong pegi macam Sg mekong dan tunnel tu. Kami pegi satu kumpulan 12 orang. Semua dah tua-tua baya ayah..hehe yang paling muda adik cikputih. ohhh...nasib baik dia dapat cuti dr tempat praktikal dia..hehe

Kami pegi 29 Jan 2013 balik 2 Feb 2013. Betul-betul nak dekat CNY. so ramai la depa balik kampung. Nak raya kan. Flight pukul 12 tgh hari. KUL-SGN kira-kira sejam setengah je. Tapi masa dorang cepat sejam. So dalam pukul 1++ sampai ke airport dia.
Hotel pulak kami dah book awal-awal sebab ada kenalan kt situ. Kami menginap di Sigon Pink 2 Hotel. Betul-betul sebelah pasar Ben Than. So senang nak jalan-jalan pegi pasar. Pasar malam pun dekat. Nak makan pun senang sebab depan hotel ni ada Hajah Basiroh stall dan dua buah lagi kedai makan.
Vietnam ni terkenal dengan kain. Bannnnyakkk sangat. hehe macam-macam. tapi biasa org beli cotton dgn vietnam silk la.. Baju siap jahit pun murah. Baju nikah yang ada pearl tu baru rm100. murah ok!! naseb baik la cikputih belum kene pinang. Kalau tak dah beli dah..hehe cantik pun cantik. banyak pilihan warna dan saiz :) oh lupe! banyak kedai yang terima tempahan dan bole siap dalam masa sehari je uollls...tp bayar lebih sikit la. dalam rm90.
Selain tu kat vietnam ni buah depa..hoii!! banyak dan murah. :) hari-hari kami beli buah dan air kelape..hehe
Kalau orang tanya apa nak beli kat vietnam susah nak jawab..rasenya antara yang boleh beli:
kain...sure lah kan
baju kurung siap jahit
cadar cotton
beg kulit
kasut kulit
cermin mata
jam tangan berjenama
beg packer -deutor dll
jersi
dll
Mungkin kami pegi nak dekat CNY. banyak gile sale!!Pengsan tengok..hehe Oh lupa nak cakap. Depa ramai jugak yang pandai speak in Malay. so no worries :) Urus niaga dalam vietnam dong, US dan ada jugak yang terima RM. tapi jangan risau. Kalau tak cukup duit boleh tukar kat kedai emas or money changer. keliling ben than tu ada aje sumber nak tukar duit. haha
Tips paling penting: jangan bawak banyak duit!!!nanti habis semua.haha
till then. nanti bagi tips shopping pulak :)
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)