Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, 30 May 2013
Wednesday, 6 February 2013
Tuesday, 5 February 2013
Monday, 28 January 2013
Zikir waktu dalam kesulitan
Zikir yang boleh diamalkan waktu dalam kesulitan adalah seperti:
--> Istighfar/Saiyidul istighfar
--> Istighfar/Saiyidul istighfar
--> لآ إِلَهَ إِلَّآ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (Lailahailla anta subhanakainni kuntu minadzolimin)
--> لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ (La haulawala quwwata illabillahil'aliyyil'azim)
--> اَللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ (Allahumma yassir wala tu'assir)
Wednesday, 23 January 2013
Monday, 21 January 2013
Friday, 14 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
♥ TUJUAN PERKAHWINAN ♥
1.Bagi mengelak fitnah.
Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai
Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.
3.Perkahwinan satu ibadah.
Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’. Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).
Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
"Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita.
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali.
"Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.
4.Menjamin nasab yang baik.
Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.
Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.
5.Tempat berkasih sayang.
Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri.
~~Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW~~
Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai
wanita, setiap inci tubuhmu bisa menarik perhatian lelaki di luar sana. Kerana itulah Islam mendidik kita agar menjaga aurat, sekaligus kita boleh menjaga maruah kita. Tetapi apakan daya jika sudah cukup kita menutup aurat, malah kita masih menjadi rebutan. Jangan disalahkan takdir dan jangan disalahkan wajahmu yang menawan itu. Anggaplah itu sebagai ujian daripada Allah. Di sinilah kita perlu kuat. Jika kita mampu, inilah masanya untuk kita bernikah bagi mencantas perasaan-perasaan yang tidak manis ini.
2.Menepis bisikan syaitan.
2.Menepis bisikan syaitan.
Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.
3.Perkahwinan satu ibadah.
Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’. Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).
Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu?
Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita.
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali.
"Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.
4.Menjamin nasab yang baik.
Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.
Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.
5.Tempat berkasih sayang.
Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri.
~~Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW~~
Wednesday, 5 December 2012
when you are sad....
Assalamualaikum....
Sometimes in your daily life, you will feel so sad, down, lost and give up.
Take a deep breath and say
"Allah tak akan membebankan seseorang hamba dengan apa yang dia tidak mampu tanggung"
and keep believe that
"Allah is the best in what ever He do"
then go and take wudu'
talk to He what ever you feel.
Believe me...
after that you will feel more comfortable..... :)
Thursday, 15 November 2012
tips perkahwinan
Assalamualaikum....
Lama rasanya tak menulis sesuatu dekat blog ni. Lately cik putih agak sibuk dengan study. Seminar, jurnal, conference dll. Bila sambung belajar sekarang rasa laaaaain sangat dari peringkat-peringkat sebelum ni. Patutlah ada hadis nabi menyebut yang lebih kurang maknanya semua malaikat akan berebut-rebut saling menindih untuk memayungi hambaNya yang sedang menuntut ilmu. Martabat org yang menuntut ilmu juga diangkat, dipandang tinggi oleh masyarakat dalam pada kita tidak sedari. Tapi pada cik putih, bukan itu yang cik putih nak. opsss dah merepek sudah...td nak cita pasai kawen la ni belajaq pulakk..
Ok. Sekarang umur cik putih dah suku abad. Mcm2 pengalaman dah lalui pahit, manis, masam, kelat, semua ada. Walaupun tak banyak mana sebenarnya. Ramai kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, di matrik tangkak dan universiti sanjungan bangsa yang dah kawen. kawan2 time degree pun ramai dah kawen, tunang smua lah. sentapp ok. Dah la laki. Yang guls (3 org je sebenarnye..hihi) xde sape nak mulakan dulu...huhu Tak pe lah. Ajal maut jodoh pertemuan rezeki DIA telah tetapkan. Kita hanya mampu merancang, berdoa dan berusaha berpandukan syara'. DIA tetap hakim yang menentukan semuanya. So berserah je la~ :)
Ok ni cik putih dapat beberape tips perkahwinan yang cik putih rase seronok nak share. Buat kita renung2. fikir-fikirkan. yang baik kita bole jadikan pedoman :)
p/s:: siap bagi tips macam la hang da kawen cik putih oi oi oi~ T_T" diri sendiri pun tak terjaga..huhu
Thursday, 18 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
Muhasabah Cinta - edCoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Back to Reff:
Tajuk Nasyid : Muhasabah Cinta
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode
Monday, 1 October 2012
masa
di akhir zaman ini
setahun macam sebulan.
sebulan macam sehari.
sehari macam sejam.
sejam macam seminit.
masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita. jom muhasabah diri. apa perbuatan baik yang telah kita telah lakukan hari ini. berapa banyak maksiat yang kita dah buat. berapa kali taubat telah kita lakukan sepanjang hidup kita. entah ada atau tidak hari esok untuk kita jengah....
Friday, 28 September 2012
taubat
#ilmu : tanda taubat diterima- tawar hati utk lakukan dosa, maksiat sudah tak lagi nikmat, lebih tenang, yakin Allah makin bertambah... @fedtriyahya on Twitter
Assalamualaikum
Sebagai hambaNya yang lemah. Kita harus. bukan WAJIB sentiasa bertaubat kepada Allah. Kita manusia yang lemah. sentiasa melakukan maksiat yang sengaja atau tak sengaja. dalam sedar atau tidak. Semoga dengan amalan zikir, atau paling tak kita istighfar dapat menghilangkan bintik-bintik hitam di hati kita. Semoga kita terus berusaha untuk menjadi insan/khalifah yang baik. Muslimin dan muslimat yang taat pada Allah. Amin..
Thursday, 20 September 2012
Tiang agama
SOLAT AKHIR WAKTU.
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita. Jika berpuasa, amalan kita akan terus kepadaNya. Tetapi jika solat, ada perantaraannya yang ditugaskan untuk menghantar amalan kita padaNya.
Kisahnya?
Setiap kita ada malaikat yang ditugaskan untuk menghantar amalan solat kita kepada Allah. Untuk menyampaikan amalan kita, dia perlu melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol terdiri daripada malaikat juga. Jika solat di awal waktu, tolnya free. Tiada sekatan dan tidak "jem". Malaikat terus menyampaikan amalan tersebut kepada Allah untuk dinilai.
Tetapi,
Jika solat di akhir waktu, banyak sekatannya. Di langit pertama penjaga tol akan marahkan posmen sebab lambat menghantar amalan kita. Si posmen harus merayu supaya dapat diteruskan perjalanan. Tetapi penjaga itu tidak menerima rayuan tersebut lalu dicampakkan amalan solat lewat tadi ke bumi. Lalu malaikat tadi kutip semula untuk terus menghantar amalan tersebut kepada Allah. Setiap lapisan langit, malaikat ini akan di'bebel' oleh si penjaga langit kerana amalan solat lewat ini.
Maka,
Amalan kita ini seolah-olah tidak berharga lagi. Tiada nilai ketika disampaikan kepada Allah. Dengan kata lain seolah-olah kita tidak bersolat. Maka, bersedialah kita menerima pembalasannya sama ada didunia ataupun di akhirat kelak.
Hilang duit. Hati risau dan sentiasa gelisah.
Ujian bertimpa-timpa.
Ketika itu baru kita terfikir. Macam tak ada guna kita beramal. Kita mula menyalahkan takdir/Allah. Sedangkan kita tidak sedar segala ujian tersebut datannya dari amalan-amalan kita. Amalan yang tidak jujur dan ikhlas. Yang dilakukan sambil lewa. SubahanaAllah.
Ya Allah. Ampunilah kami. Tetapkanlah iman kami. Bersihkan hati kami daripada maksiat. Jadikan kami hamba yang bersyukur atas segala nikmatMu. Dekatkanlah hati kami dengan kebaikan dan jauhkan dari maksiat. Semoga dengan amalan-amalan kami ini, dapat kami peroleh ikhsanMu untuk menjadi penghuni tetap SyurgaMu Ya Allah.
Jangan berhenti berdoa dan memperbaiki diri. Terutama solat kita kerana solat merupakan amalan yang pertama akan di hitung di akhirat kelak.
Tanam dalam diri. Walau dalam keadaan apa, sediakan masa untuk solat. Jangan bertangguh-tangguh. Kelak amalan solat diawal waktu dapat membantu kita di dunia dan di akhirat nanti...

| sumber fb |
Monday, 13 August 2012
dulu vs sekarang
| sumber: facebook |
Perempuan, hari ini anda mungkin tidak
bertudung. Esok lusa mungkin anda adalah yg paling IKHLAS dan ISTIQAMAH
menutup auratnya.
Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan Ibadah.
Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut. Esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya. InsyaAllah
*Allah itu maha adil, walaupun permulaan kita penuh dengan kebaikan tetapi amat malang apabila akhir kita dengan kejahatan.
Malah jangan sangka orang yang kita nampak hari ini melakukan maksiat tidak boleh berakhir dengan amal soleh.
Sebab itu sahabat-sahabat jangan sesekali MENERAKAKAN orang yg melakukan salah, sebab suatu hari nanti mungkin dialah yang sering melakukan amalan-amalan ahli SYURGA. :)

Biar kita pernah jadi bekas orang jahat. Tapi jangan kita jadi bekas orang baik...
Saturday, 4 August 2012
Thursday, 2 August 2012
ragam puasa :)
"....dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampau batas" (Al-A'raaf: 31)
Friday, 13 July 2012
Guru
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca " Usman Awang.
Guru pekerjaan yang dijadikan pilihan terakhir dalam banyak orang. Namun kita lupa. Jasa dan pengorbanannya sangat banyak kepada kita semua. Mereka ibarat ibu dan ayah di sekolah. Malah, meraka inilah antara golongan yang banyak harta. Harta yang dapat dibawa ke alam sana...
Kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu. Lalu jawab Saidina Ali . Aku akan mengambil ilmu, bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali " Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta, tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu teah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur.
![]() |
| source: facebook |
Monday, 9 July 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)