Salam....
Entry lepas cikputih share sikit pasal apa tu zakat dan erti zakat dari segi bahasa dan syara'. Sekarang cikputih nak share pulak pasai syarat wajib seseorang yang perlu bayar zakat :)
1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang
Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira
untuk zakat.
2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak
timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi
dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak
bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan
memperolehi manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak
sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai
semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)
5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
6. Niat Untuk
Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.