Assalamualaikum readers :)
Hopefully were in blessing of Allah. Baru-baru ni heboh tentang acara ragging di sekolah. Dan ada ibu bapa yang mula risau nak lepaskan anak mereka ke sekolah berasrama lepas ni. Ish..ish...ishh...
Saya adalah bekas pelajar berasrama. Walau untuk 2 tahun sahaja.winkk
Jujur, pada awalnya ada juga perasaan takut tentang bully dan ragging ni.
Tapi...tapi...tapi..bila dah sampai dan masuk sekolah tersebut, tak ada pun buli dan raging ni. Mungkin ada la disesebuah sekolah yang lain. Tapi mostly tak ada.
In case kalau ada, mungkin kita (as anak yg bersekolah tu) akan dapat hint sikit-sikit tau before kena yang teruk tu. Contohnya tiba-tiba senior saje-saje buat langgar bahu lah, jatuhkan barang lah dan lain-lain. Be alert. Sila laporkan hal tersebut pada warden. Minta warden warning senior tersebut. Kemudian, elakkan jalan atau duduk sorang-sorang. Katakan kita dibuli lebih dari seorang, masih sempat salah sorang lari dan mintak tolong warden. Kalau sorg tu susah sikit nak lawan.
Tapi jangan risau. Perkara macam ni jarang berlaku. Besenya sape-sape yg terlibat ni berat hukumannya. Jangan takut untuk mengadu pada cikgu dan warden kalau anda adalah mangsa buli.
Untuk si pembuli, hidup ni singkat. Jangan sia-siakan masa yang ada dengan aktiviti yang tidak sihat, yang bakal merosakkan masa depan kita dan mencemarkan maruah ibu bapa kita.
Think before you act!
Salam.
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts
Wednesday, 5 November 2014
Sunday, 31 March 2013
cinta monyet
tengok gambar kat atas teringat cerita dulu-dulu. hehe kelakar pulak kalau ingat balik. dulu kat skolah menengah ada jugak terlibat cinta monyet ni. memang sah monyet! haha gatal gile kot dulu. tapi pelik jugak. dulu-dulu skema kot. pengawas kononnye. tapi ada peminat.haha kelakarnye...adehh dulu masuk kelas tgk ada surat dalam meja. satu hari ada gambar candid...jeng jeng jeng...gile x? budak skolah pun ada yang usha..haha yang kelakarnya yg kena usha tu xtau pun org tu amek gambar dia!! betapa skemanye kn!!haha pastu ada sehari tu tertinggal buku sastera kalau xsilap. dulu-dulu buku sastera tu cikgu soh beli yang besar kulit tebal. berat ok nak bawak hari-hari. pastu esoknya dtg skolah tgk buku tu tak de. mati la...nasib haritu bm xbelajar sastera. esoknya ada balik buku tu. tp da nota. kikiki.... ada abg senior nak kenal..wahahaha *malu*
aduhai kenangan...
lagi satu cite pun kelakar kalau ingat balik.
dulu-dulu mase skolah menengah masuk KRS. pegi la join kem tahunan. buat kt skolah je pun. tido kat padang kot kalau tak silap.hehe da main blind ape tah namanye. mainan tu mata kita akan ditutup. kita kena ikut tali yang dorg pasang sampai la hujung. haha pastu ada sorang abg senior pgg dan bawak i duduk-duduk dulu sbb dia cakap tgh jem. bdk-bdk lain xjln lg. time tu dia borak-borak la. pastu dia bawak la jln. ada satu tempat tu dok pusing la banyak kali. pastu dia suruh tunduk. baru jln. agaknya xcukup tunduk. toinggg...langgar tiang! hahaha bengong jap rse. terus dia dia cakap pgg je tgn dia. kirenya mcm main tipu la.haha lepas dari kem tu baru tau dia nak usha sejak dr kem. tu pun tau dr kakak senior..haha betapa la naifnya. kena usha pun xsedar..haha
kelakar la kalau ingat balik cinta monyet ni :p
sekarang dah xjumpa pun mereka-mereka tu smue.
korang pun mesti ada cerita cinta monyet kan?
bila ingat balik rse nak ketuk je kepala sendiri..haha
till then, salam :)
Saturday, 9 March 2013
Saturday, 14 April 2012
rindu.
sungguh. aku rindu tanah haram itu...
![]() |
| Merpati Mecca |
![]() |
| Kaabah & menara jam |
![]() |
| kawasan luar Masjidil Nabawi |
InsyaAllah. InsyaAllah Ya Allah. Jika panjang umur ku. Jika murah rezeki ku. Aku benar-benar berhadap akan kembali lagi ke sini. Bukan sekali. Malah aku berharap dapat berkali kali. Datang mengadap. Datang menghampirkan diri denganMu. Dengan kekasihMu. Ya Allah. Aku mohon. Perkenankahlah doa dan harapan ku ini. Amiin.
Wednesday, 7 December 2011
kami kawan dulu, kini, sampai bila-bila =)
dulu......(2006)
sekarang 5 tahun kemudian.... (2011)

we're fight each other everyday.
we keep arguing every single thing.
but it makes we close.
and i do love you all.
thanks frens.
bese lah. awal2 kenal orang masing2 muke sombong nak mam**. in fact kami saling xsuke antara satu same lain. berkauman. haha ad yang xsuke negeri tuu, ni. but after few months, there are chemistry bonding between us. we can chat, sharing, gossiping and supporting each other. i love our friendship. thanks for a very good relationship frens!
ELI, MIEA, PIPOT, AYONG, EMON, DHIYA, NISA', PHIA, MIDAH, NURUL.
PF 17 KMJ 2005/06 in memory <3 <3
Tuesday, 2 August 2011
kenangan bulan puasa
Salam...
Alhamdulillah dah dua hari umat Islam terutama kat Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan. Cerita pasal bulan ramadhan ni, mesti dok teringat satu perangai buruk aku mase dok hostel dulu. Tapi bukan hostel skolah. Hostel mase kat U di selatan tanah air. Time degree. Aku yang dah biasa bersahur tiap kali nak puasa tiba2 hilang arah sebab dapat rumate yang x rajin bangun sahur. Bukan tak rajin. Mungkin tak biasa. Mati kutu beb! Penah je aku turun sorang-sorang kul 4 pagi nak g cafe cari makanan. tapi bosan gilos kot makan sorang-sorang. So try pulak makan megi ngan air panas. Masak kt bilik je. Tapi ari-ari makan megi botak kepale aku! haha Campur malas nak bangun dari katil sebab tido lewat (bese la student...tido nak kul 2 ke atas kan..haha). Penah je, tengah-tengah nak tunggu air masak aku tertido tak sahur langsung! Cis sangat keciwa beb!haha So last-last aku try satu cara yang best. Tak yah bancuh air, masak air, tunggu air sejuk. Leh sahur dengan mudah! Beli air kotak..haha 1 ari 1 air kotak milo. Tapi bese lah. Dah mudah nak mudah lagi kan. sebab ngantok punya pasal, tiap-tiap malam before tido aku akan letak air kotak bawah bantal. Bukan apa, bila alarm bunyik esok boleh terus minum atas katil.hahaha....Ye! MINUM ATAS KATIL..hahaha lagi menarik, letak air kotak tu betul tepi mulut. Sedut je air kotak tu. haha keje gile! Kadang-kadang sebab ngantok sangat air milo tu xsedut sampai habis pun. Sebab tertido -.-"" Oh sengalnye lah mimi~~ Rumate aku ( salmi dan aja) sure korang ingat kan keje gile aku ni.hahaha
| Minum milo kecik ni je cukup. kang lame sangat nak sedut..haha |
Rindu nak g jalan-jalan kat bazar beli makanan tah pape. banyak gile kot. Rambang mate! Penah je sebab dah confius nak beli apa petang tu, aku beli nasi goreng kosong ngan sambal ciput je. Balik bancuh air nes. Sudehh...Mudah gile. Tapi tu bile dah ujung-ujung Ramadhan la. Dah abes test tiap kedai..hee~
Lastly rindu nak bertarawih kat surau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Hari-hari ustaz bergilir-gilir imamkan solat terawih kami. Ada tazkirah. Petang ada tadarus.
![]() |
| Ni surau sekolah.. |
Kehidupan yang sentiasa dekat dengan Islam. Buka puasa ramai-ramai kat dewan makan. Bukan sedap sangat pun makanan dewan makan tu. Tapi sangat sedap bila kita makan ramai-ramai. 1 meja panjang untuk 1 dorm. 1 skolah ada 21 dorm perempuan. kecoh habis..
Subscribe to:
Posts (Atom)








