Friday, 5 August 2011

Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di“booking” atau di“cancel” sesuka hati, jika tahu tidak mampu maka usahlah gatal menjalin hubungan cinta atau memberi harapan yang dusta. Itu adalah sebuah dosa yg mencemarkan kesucian wanita.

Tindakan “Approach” seseorang gadis, halal dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk bernikah, bersedia dan mampu.....
Hubungan pertunangan dan perkahwinan melibatkan dua buah keluarga yang baik.. lalu, jika berlaku sesuatu perkara yang boleh menyebabkan hubungan ini terputus, hendaklah ia diselesaikan dengan cara berhikmah agar ukhwah yang terbina tidak pupus dek musibah atau kesalahan seseorang individu.

Wednesday, 3 August 2011

Lelaki kacak bersama jenazah

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
  
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

p/s::amalkan baca ayat AlQuran setiap hari...banyak kelebihannya :)

Perkara- perkara yang membatalkan puasa

Assalamualaikum...
Semperna bulan Ramadhan ini, jom kita ingat-ingat balik perkara yang boleh membatalkan puasa kita...

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur atau qubul dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja (Jika termuntah, tidak batal puasanya).
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walauupun sekejap.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenamnya matahari.
11.Murtad iaitu keluar dari Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau dengan niat (dalam hati).


Sumber:: JAIS

Curik dari belog encik nakal :)

http://pbasmkps.blogspot.com/ check sini utk dpt info lebey menarik

Tuesday, 2 August 2011

kenangan bulan puasa

Salam...
Alhamdulillah dah dua hari umat Islam terutama kat Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan. Cerita pasal bulan ramadhan ni, mesti dok teringat satu perangai buruk aku mase dok hostel dulu. Tapi bukan hostel skolah. Hostel mase kat U di selatan tanah air. Time degree. Aku yang dah biasa bersahur tiap kali nak puasa tiba2 hilang arah sebab dapat rumate yang x rajin bangun sahur. Bukan tak rajin. Mungkin tak biasa. Mati kutu beb! Penah je aku turun sorang-sorang kul 4 pagi nak g cafe cari makanan. tapi bosan gilos kot makan sorang-sorang. So try pulak makan megi ngan air panas. Masak kt bilik je. Tapi ari-ari makan megi botak kepale aku! haha Campur malas nak bangun dari katil sebab tido lewat (bese la student...tido nak kul 2 ke atas kan..haha). Penah je, tengah-tengah nak tunggu air masak aku tertido tak sahur langsung! Cis sangat keciwa beb!haha So last-last aku try satu cara yang best. Tak yah bancuh air, masak air, tunggu air sejuk. Leh sahur dengan mudah! Beli air kotak..haha 1 ari 1 air kotak milo. Tapi bese lah. Dah mudah nak mudah lagi kan. sebab ngantok punya pasal, tiap-tiap malam before tido aku akan letak air kotak bawah bantal. Bukan apa, bila alarm bunyik esok boleh terus minum atas katil.hahaha....Ye! MINUM ATAS KATIL..hahaha lagi menarik, letak air kotak tu betul tepi mulut. Sedut je air kotak tu. haha keje gile! Kadang-kadang sebab ngantok sangat air milo tu xsedut sampai habis pun. Sebab tertido -.-"" Oh sengalnye lah mimi~~ Rumate aku ( salmi dan aja) sure korang ingat kan keje gile aku ni.hahaha
Minum milo kecik ni je cukup. kang lame sangat nak sedut..haha
 
Rindu nak g jalan-jalan kat bazar beli makanan tah pape. banyak gile kot. Rambang mate! Penah je sebab dah confius nak beli apa petang tu, aku beli nasi goreng kosong ngan sambal ciput je. Balik bancuh air nes. Sudehh...Mudah gile. Tapi tu bile dah ujung-ujung Ramadhan la. Dah abes test tiap kedai..hee~

Lastly rindu nak bertarawih kat surau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Hari-hari ustaz bergilir-gilir imamkan solat terawih kami. Ada tazkirah. Petang ada tadarus. 
Ni surau sekolah..

Kehidupan yang sentiasa dekat dengan Islam. Buka puasa ramai-ramai kat dewan makan. Bukan sedap sangat pun makanan dewan makan tu. Tapi sangat sedap bila kita makan ramai-ramai. 1 meja panjang untuk 1 dorm. 1 skolah ada 21 dorm perempuan. kecoh habis..

Kenangan...kenangan...sangat indah untuk dikenang :)

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan dtg lagi!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah sempat sambut Ramadhan lagi. Semoga sempat merasai keseluruhan bulan yang penuh berkat ni. Mari berebut-rebut melakukan amalan sunat dan wajib jangan dilupa! Selain tu bulan ni pun elok la kalau kita nak berubah ke arah kebaikan. Contohnya terus pakai tudung bagi yang asik on off, labuhkan tudung, jaga aurat dan sebagainya. Tapi niat berubah ke niat beribadat tu jgn silap pulak. Kena betul-betul. Sebab segala perbuatan kita dinilai melalui niatnya. So betulkan niat semoga kita peroleh keberkatanNya.

Jom bace niat puasa malam ni!







"Boleh jadi seorang yang berpuasa, bahagian dari puasanya HANYAlah LAPAR dan DAHAGA" [Sahih Ibnu Hibban]

Alangkah ruginya jika kita HANYA mendapat lapar dan dahaga sedangkan Allah menjanjikan pahala berlipat ganda dan keampunan tanpa batas.
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan membentuk diri menjadi insan yang lebih bertaqwa ♥ :) ameen~~
jom bace artikel ni! http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html
bersabar lah...semoga dia bertemu dengan seseorang yang lebih baik yang dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan

p/s::bukan sedih tp sedikit terkejut..tentang jejariruncing dgn kfcm.

Thursday, 28 July 2011

pra-ramadhan!


Assalamualaikum...tinggal lagi berapa hari je bulan Sya'ban nak ganti dgn bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, penuh rahmat yang meriah dengan lambakan bazar makanan di Malaysia khasnya! Makcik-makcik, akak-akak, ibu-ibu dah start beli barang wat kueh la, ada yang sebok ngan persiapan raya. Tapi jangan kite lupa yang satu ni. Dah nak puasa ni, yang lepas punya dah ganti??hehe

p/s::sape yang rase xsempat ganti bg sape2 yang bermasalah tu sile bayar fidiyah ye...kire hutang puase tau tu! jangan wat2 lupe lak.. =) semoga sempat lah rasa sampai habis ramadhan kali ini...