Thursday 8 September 2011

Sunat vs Qadha

Assalamualaikum...
Bulan Syawal ni mesti sebok dengan rumah terbuka, ziarah saudara mara, kawan2 dan amalan puasa sunat Syawal. Penah terfikir tak mane yg nak buat dulu, sunat Syawal ke Qadha Ramadhan....Cik Putih ada terbaca tentang perkara ni di blog Ustaz Zaharuddin

Antara perkara yang boleh Cik Putih highlightkan sikit:
  1. Dahulukan mengganti puasa bulan Ramadhan kemudian lakukan puasa sunat Syawal. Yelah, ganti puasa wajib, puasa sunat tu sunat hukumnya. So kalau lah nyawa kita tak panjang dah masih belum bayar puasa Ramadhan, berdosa. Tetapi jika tidak sempat melakukan puasa sunat Syawal, tidak mengapa.
  2. Namun, jika seseorang tu perlu ganti puasa 30 hari mungkin sebab nifas dan sebagainya. Dia boleh dahulukan puasa sunat Syawal kemudian barulah sambung dengan puasa ganti. Jika keadaan kesihatannya tidak berapa baik, elok dahulukan puasa Qadha berbanding puasa sunat.
  3. Combine sunat dan qadha. Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain). Dan tiada dalil sahih yang menunjukkan bahawa Nabi telah melakukannya.
 Nak lebih detail boleh bace kt blog ustaz ni... :)

No comments: