Monday 24 November 2014

pergilah si hati yang walang..

subahanallah.
sesungguhnya minggu ini hati aku tidak cukup kuat untuk menghadapi setiap musibah hati yang berlaku.
dugaan apakah ini?
kenapa aku diuji sebegini teruk?
layak kah aku di uji?
Ya Allah.
aku mohon.
kuatkan aku menghadapi segalanya.
aku hanya insan yang lemah.
hatiku tidak kuat untuk semua ini.
tetapi jika kau mentakdirkan aku untuk menghadapi semuanya,
aku redha ya Tuhan.
semoga dengannya dapat menghapus dosa-dosa yang telah aku lakukan.
yang aku pinta,
kuatkan aku.
kuatkan imanku.
aku mohon
Ya Allah Tuhan sekali alam.
Yang memegang seluruh hati manusia, isi Bumi dan seluruhnya.
bantulah aku.

Sunday 23 November 2014

sabar lah hati...

apa lagi yang kau dambarkan selama ini?
apa yang kau nak?
disini simpan di sana mahu?
aku ni siapa sebenarnya?
aku ni robot ke?
atau anak kucing yang kau layan bila lapar yang dibelai ketika manja sahaja?
apa lagi yang kau nak?
siapa dia?
siapa aku?
hati aku?
kenapa?
apa lagi?
tak cukup ke?
sampai bila?
sabar aku sampai mana?

aku manusia biasa.
ada perasaan yang aku pendam.
yang aku biarkan demi kau.
kau penah tau?
kau penah rasa?
kau penah terfikir nak amek tau?

tak.
tak pernah.
maaf.
maaf
maaf.
kata yang sudah kuhafal.
setiapnya.

kenapa aku yang kena tahan semua ni?
ape salah aku sebenarnya?
besar sungguh ke salah aku pada kau?
kenapa?
tolong la aku.
tolong.
pergilah kalau itu yang lebih baik.
pergilah kalau itu yang sebenarnya kau nak.
pergilah.

lupakan 7tahun kenangan kita.
aku lerakan.
dari biarkan aku begini.
aku tak mintak banyak pun.
pergilah.
pergilahhh
tolong aku.
tolong hati aku.
tolong jiwa aku.

dia sangat tak menghormati aku.
insan yang kau kata sayang.
dia merendahkan diri aku.
insan yang kau kata cinta.
mana letaknya perasaan aku?
atau aku tak berhak untuk semua ini?
untuk ada perasaan ini?
kenapa dia sewenang wenangnya melukakan hati aku.
tanpa kau rase sedikit pun untuk menghalangnya?
aku ni siapa?
dia siapa?

tolong la sayang.
tak guna lagi sayang ni kalau dia ada antara kita.
tak langsung.
aku tak minta kau untuk tinggalkan dia.
tinggalkan lah aku.
kalau kau cukup punyai aku seorang,
dia tak mungkin pernah ada ruang dalam hubungan ini.
itu yang kau perlu tau.

maafkan aku.
doakan aku.
aku doakan kebahagiaan kau.
dengan dia.
atau sesiapa sahaja.
yang kau cinta.

berjanjilah.
jangan sesekali membiarkan insan itu merasai semua ini.
sesungguhnya, apa yang aku lalui amat sakit.
sakit sangat.
perit.
pedih.
tak tertahan rasanya.
jiwa aku sentiasa sakit.
hati aku bagai nak pecah.
air mata tak putus mengalir.
janjilah.
ini terakhir kali.
biar cuma aku yang rasa.
biarlah.

aku sentiasa ok.
seperti yang selalu aku ucapkan.
jangan fikirkan aku.
pergilah.

Saturday 8 November 2014

Letter for you.

Dear girl that used to be most brave and sampoi girl that I know,

Please stop pretending that you are ok while actually you are not.
Telling people that you are moving on but keep telling about your ex is not so ok.
Please...
Forgive and forget.
Move on girl.
You can plan your future but always remember.
HE has planned everything the best that suit all of us.

I am not telling you this because I am his friend.
But I care for you!
Think girl.
Life is too short to be wasted for this little tiny thing.

Love,
Your senior and his bff.

Wednesday 5 November 2014

Aktiviti ragging di sekolah berasrama

Assalamualaikum readers :)

Hopefully were in blessing of Allah. Baru-baru ni heboh tentang acara ragging di sekolah. Dan ada ibu bapa yang mula risau nak lepaskan anak mereka ke sekolah berasrama lepas ni. Ish..ish...ishh...

Saya adalah bekas pelajar berasrama. Walau untuk 2 tahun sahaja.winkk
Jujur, pada awalnya ada juga perasaan takut tentang bully dan ragging ni.
Tapi...tapi...tapi..bila dah sampai dan masuk sekolah tersebut, tak ada pun buli dan raging ni. Mungkin ada la disesebuah sekolah yang lain. Tapi mostly tak ada.

In case kalau ada, mungkin kita (as anak yg bersekolah tu) akan dapat hint sikit-sikit tau before kena yang teruk tu. Contohnya tiba-tiba senior saje-saje buat langgar bahu lah, jatuhkan barang lah dan lain-lain. Be alert. Sila laporkan hal tersebut pada warden. Minta warden warning senior tersebut. Kemudian, elakkan jalan atau duduk sorang-sorang. Katakan kita dibuli lebih dari seorang, masih sempat salah sorang lari dan mintak tolong warden. Kalau sorg tu susah sikit nak lawan.

Tapi jangan risau. Perkara macam ni jarang berlaku. Besenya sape-sape yg terlibat ni berat hukumannya. Jangan takut untuk mengadu pada cikgu dan warden kalau anda adalah mangsa buli.

Untuk si pembuli, hidup ni singkat. Jangan sia-siakan masa yang ada dengan aktiviti yang tidak sihat, yang bakal merosakkan masa depan kita dan mencemarkan maruah ibu bapa kita.

Think before you act!

Salam.

Saturday 1 November 2014

Social media and keyboard warrior

Assalamualaikum readers :)

Zaman social media ni ada baik dan buruknya. tapi rasanya makin menjadi-jadi keburukan social media ni. terutama sekali di facebook.

semua orang boleh menjadi peguam, guru, scienties, doktor dll di FB. tak percaya? sila check FB masing-masing. terutama bila timbul hal-hal baru. contohnya macam kes 'I want to touch a dog'. semua orang yang kengkonon mahir dengan hal tersebut meluahkan pendapat masing-masing.

tapi kita harus ingat. kita tak boleh sesekali nak jadi ' I know everything' person dengan hanya secebis pendapat atau ilmu yang kita ada.

sifat orang yang berilmu dia tak akan sesekali berkata tentang sesuatu dengan sembrono atau ikut suka aku. sebab mereka tahu, apa-apa ilmu yang mereka ada tu sedikit sahaja berbanding segala ilmu yang ada di dunia (merujuk kepada ilmu ALLAH). Kalau mereka limparkan pendapat pun bertapis. dan mereka tidak akan sesekali merasa 'pendapat saya betul berbanding si polan si polan'.

kalau kita ada perasaan macam tu, check balik hati kita. mungkin ada yang tak kena.

keyboard warrior ni tak elok pun. mungkin ada yang betul tapi kebanyakkannya tidak. malah mendatangkan masalah yang lain!

so lepas ni, kalau nak post sesuatu kat mana-mana social media fikir sejenak before tekan enter tu.
'Adakah benda ini betul?'
'Adakah ia memberi manfaat?'

ha..kalau betul dan bermaafaat boleh la post/share/komen. kalau tak, ish....ilmu yang bermanfaat ni bagi pahala berpanjangan. kalau ilmu yang salah ni pun bagi dosa kering pada kita.

so...korbankan sekejap untuk berfikir.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kt fb sampai bila-bila org ingat :)

Assalamualaikum! :)