Sunday 31 March 2013

cinta monyet



Photo: dulu2 admin mase sekolah maen passing2 surat je dengan si dia..mase tu hp mahal lg..xmampu..die depan i duk belakang..pastu maen baling2..hehe <3

anda pernah buat x?

tengok gambar kat atas teringat cerita dulu-dulu. hehe kelakar pulak kalau ingat balik. dulu kat skolah menengah ada jugak terlibat cinta monyet ni. memang sah monyet! haha gatal gile kot dulu. tapi pelik jugak. dulu-dulu skema kot. pengawas kononnye. tapi ada peminat.haha kelakarnye...adehh dulu masuk kelas tgk ada surat  dalam meja. satu hari ada gambar candid...jeng jeng jeng...gile x? budak skolah pun ada yang usha..haha yang kelakarnya yg kena usha tu xtau pun org tu amek gambar dia!! betapa skemanye kn!!haha pastu ada sehari tu tertinggal buku sastera kalau xsilap. dulu-dulu buku sastera tu cikgu soh beli yang besar kulit tebal. berat ok nak bawak hari-hari. pastu esoknya dtg skolah tgk buku tu tak de.  mati la...nasib haritu bm xbelajar sastera. esoknya ada balik buku tu. tp da nota. kikiki.... ada abg senior nak kenal..wahahaha *malu*

aduhai kenangan...
lagi satu cite pun kelakar kalau ingat balik.

dulu-dulu mase skolah menengah masuk KRS. pegi la join kem tahunan. buat kt skolah je pun. tido kat padang kot kalau tak silap.hehe da main blind ape tah namanye. mainan tu mata kita akan ditutup. kita kena ikut tali yang dorg pasang sampai la hujung. haha pastu ada sorang abg senior pgg dan bawak i duduk-duduk dulu sbb dia cakap tgh jem. bdk-bdk lain xjln lg. time tu dia borak-borak la. pastu dia bawak la jln. ada satu tempat tu dok pusing la banyak kali. pastu dia suruh tunduk. baru jln. agaknya xcukup tunduk. toinggg...langgar tiang! hahaha bengong jap rse. terus dia dia cakap pgg je tgn dia. kirenya mcm main tipu la.haha lepas dari kem tu baru tau dia nak usha sejak dr kem. tu pun tau dr kakak senior..haha betapa la naifnya. kena usha pun xsedar..haha

kelakar la kalau ingat balik cinta monyet ni :p
sekarang dah xjumpa pun mereka-mereka tu smue.
korang pun mesti ada cerita cinta monyet kan?
bila ingat balik rse nak ketuk je kepala sendiri..haha

till then, salam :)

Saturday 30 March 2013

Segmen: 300 Bloggers

Assalamualaikum :)

http://www.paly.my/2013/03/segmen-300-bloggers_27.html

While blogging I saw this segment. Lets join! syarat dia simple gilos :D

Syarat:

1. Buat entry bertajuk "Segmen: 300 bloggers", dan letak gambar diatas dan backlink ke entri tuan punya segmen.

2. publish kome punya entry dan hantar link ke tuan punya segment [Paly]  :)

Mudahnye...moh kitee :)

opssss tarikh tamat 3 April 2013 Rabu 11:59 mlm.


lelaki idaman malaya :)

ciri-ciri wanita idaman malaya (ikut pendapat sendiri..hihihi)

1. Ada agama dan beramal dengannya.

Maknanya org tu mestilah tau hukum hakam. halal haram semua. jgn dok bantai semua halal je..huhu bukan apa. kita ni kalau boleh bukan nak bersama kat dunia ni. nun dunia sana pun kalau boleh nak sama-sama jugak. barulah betul hepi ending ;)

2. bertanggungjawab

org laki ni besar tanggungjawab dia. Bila da kawen dia bertanggungjawab kt parents dia, isteri dan anak-anak. bila dia tau tanggungjawab, dia mesti tekun keja, setia dan lain-lain sifat idaman wanita..hehe bukan...laki kalau tak bertanggungjawab besenye pantang tgk pompuan dahi licin. mula la dok menggatal nak tambah lg satu. tu yg ada tu masuk box kiv dlu. padahal kalau dia sedar ttg tanggungjwb dia, dia akan jaga dua-dua. tapi zaman skrg ni nak jumpa laki yg beristeri lebih dr satu dan adli pada setiap isterinya saaaaaangat la susah. ada. tp jarang-jarang :)

3. menghargai wanita

fitrah kejadian wanita ni dia lemah lembut, manja, penyayang. so dia suka dimanjakan. kiranya kalau dapat laki yg suka manjakan dia tu aduhai betuahnya badan..hehe even wanita yg gagah pn, nak suami yg pandai memanjakan dia. manja tu xsemestinya gedik-gedik tu. manja tu mungkin dr sgi cra layanan, sebulan sekali bawak kuar jln ke pape lah yang wanita suka. lg satu bila dia ada masalah pinjamkan telinga. dengar. pujuk dia. bagi kata-kata semangat. aduhai bestnye mcm tu..hehe

4. family man

family man ni maksudnya lelaki yg lebih mengutamakan family dia banding org luar terutama kawan-kawan. tak ada la dok lepak kt mamak sampai 3 4 pagi. macam xada umah je gayanya kan... family man ni biasanya lebih prihatin dan penyayang.

ha tu je idea yang muncul. tapi kan skrg ni cikputih suke sangat lagu kru yang wanita tu. sangat-sangat rasa dorg tu mcm memahami wanita. hehe kalau laki nak faham wanita ce dgr lagu tu :)

ok till then.
wasalam :)

Friday 29 March 2013

Fakta menarik tentang handphone

Fungsi handphone yang kita tak tahu :)

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu masa kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan antaranya:

1. Nombor kecemasa
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. So kalau anda dalam kecemasan dan berada dikawasan yang tak ada signal. Cuba dail no ni. Dan ia juga boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad lock).

2. Kereta terkunci
Jika anda terkunci kereta dan kunci berada didalamnya, bagi kereta yg ada alarm, jom cuba cara ini. Cuba hubungi seseorang di rumah dan minta dia ambil kunci pendua kereta anda. Pegang telefon dalam jarak 30cm dari kereta yang terkunci dan minta org tu tekan on pada kunci pendua. Pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Telefon masih boleh digunakan sewaktu kecemasan walaunpun dah kehabisan bateri kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. untuk telefon nokia, dail *3370# dan telefon akan dihidupkan dengan bateri 50%. Kuasa bateri ini akan dicas semula apabila anda mengecas telefon anda.

4. Telefon dicuri
Telefon yang dicuri tidak boleh diaktifkan dengan cara ini. Dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon anda akan terpapar. Simpan no ini di tempat yang selamat. Apabila telefon anda dicuri, hubungi pusat servis telefon anda dan berikan no ini. Mereka akan mengunci telefon anda dan pencuri tu tak akan dapat buka telefon walaupun dah tukar sim. hehe

Menarik kan..hihi


Thursday 21 March 2013

Kenali wanita

Assalamualaikum semua....

Sekarang ni agak busy sikit tapi tetiba rase nak share something kat kamu-kamu..especially kaum adam yang asik complain susah nak faham kaum hawa.

Ok. For your information, in ladies life there is some period that they will feel sad tetiba, serba tak kena, nak merajuk aje, marah-marah tak tentu pasal. Ha! sure korang perasankan kadang-kadang jadikan benda ni. hehe Ok memang benda ni memang jadi kat semua ladies tak kira la dia nak ke tak nak ke. Tu semua sebab hormon. hihi sori hormon salahkan awak :)

So sebagai lelaki yang gagah perkara lagi macho. Tooolong la faham mak awk, kakak awak, adik awak, isteri dan wanita-wanita disekeliling awak yang kadang-kadang teremosi tak tentu pasal. Apa yang awak kene buat bila time ni? Fahami mereka, setia dengan mereka, senangkan keja mereka, tunjukkan yang korang syg mereka. Thats all. Mudahkan..hehe

For ladies pulak, kita kadang-kadang dapat agak bila time ni akan berlaku. hihi So, try tahan diri dari buat benda-benda tanpa berfikir. Bila nak buat sesuatu, stop kejap pikir apa akibat dia. Barulah bahagia :) But...if terjadi jugak. teremo tak tentu pasal, cecepat la mintak maaf or amek ati orang yang kita da buat salah tu. Mengaku kesalahan and try avoid the same mistakes.

If everyone have give and take attitude, world will be more wonderful :)

Peace no war.
Love youuu....

Tuesday 19 March 2013

Tayar ooo tayar...

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?? 

Kadang kala kita
terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia
boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita,
cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita.... 

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar : 

175/70R13/82H 

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi 
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
� indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg 
� indeks muatan 71 = 345 kg 
� indeks muatan 125 = 1,677 kg
� simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOT:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A 
� A : kawasan panas
� B : kawasan bercuaca normal 
� C : kawasan sejuk 
- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 � 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
� Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

*Sumber Harian Metro

Selamat memilih calon tayar...  What a Face



zakat part III


Golongan yang berhak menerima zakat:

Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.
انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبي

Fakir: orang yang pendapatannya kurang daripada 50% keperluan hariannya. Contohnya dia memerlukan RM50 tetapi dia hanya berpendapatan RM24 dan kebawah.

Miskin: orang yang pendapatannya 50% dan keatas dari keperluan hariannya tetapi tidak sampai 100%. Contohnya dia memerlukan RM50 tetapi pendapatannya hanya RM25 dan keatas namun masih tidak sampai RM50.

Amil: orang yang ditugaskan untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia ialah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat. Golongan yang termasuk sebagai amil adalah: orang yang memungut zakat, yang menira, menyukat dan menimbang zakat, orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin, kerani zakat, orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mualaf: orang yang dijinakkan hatinya dan mereka terdiri daripada 5 golongan:
                      i.            Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
                    ii.            Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
                  iii.            Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
                  iv.            Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
                    v.            Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

Hamba mukatab: hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya. Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan. Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

Orang yang berhutang:
                                i.            Berhutang kerana hendak mendamaikan 2 orang/puak yang membantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Zakat diberikan sekadar membayar hutang.
                              ii.            Berhutang sesuatu untuk kegunaan umum spertu jamuan kerana membina masjid, jambatan dan lain-lain.
                            iii.            Berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus. Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.
                            iv.            Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain.

Orang yang berperang di jalan Allah.

Ibnu sabil: orang yang musafir. Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Syarat orang yang mengambil zakat:

  1. Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
  2. Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
  3. Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
  4. Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitu juga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
  5. Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.

meet his family :)

16/3/2013

venue: pontian and tampok

activity: meet his family

mood: maluuuu.....

Alhamdulillah...everything goes well.. :)

Sunday 10 March 2013

Water crises need solution - Story | The Star Online

Water crises need solution - Story | The Star Online

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video

harapan

Ya Allah...permudahkan urusan pembelajaran ku. Limpahkan idea untuk aku menyiapkan kerja-kerja. Kuatkan hatiku semangatku. Semoga dengaNya aku dapat menyebarkan ilmu bermanfaat kepada mereka yang lain. Jangan Kau biarkan dengan ilmu ini aku menjadi lalai dengan urusan duniaMu. Ya Allah...hanya kepadaMu aku meminta dan berharap. Makbulkanlah doaku ini...Amiin~





kawan-kawan...doakan cikputih leh siapakan research ni ye...cikputih tgh stress sgt lately..

Friday 1 March 2013

xi & mi :)



Assalamualaikum.... hari ni mood sangat ok.hihi

Tetibe smlam pillow talk PJJ dgn xixi and i suddenly realize seven years ago we meet for the first time. Hai abg fasi! :)


Luckly, till today we were together. even slalu gaduh marah-marah smue. but it sweet. both of us describe their partner as sweet :)


I hope and pray to Allah. He will be my imam. till the last breath. aminn :)


xi,

ily...imy ;)