Saturday 28 June 2014

Menghadapi kematian

Assalamualaikum readers :)

InsyaAllah jika diberi kesempatan, kita semua akan mula berpuasa hari Ahad ini. Jangan terlalu asyik berfikir tentang bazar Ramadhan, juadah berbuka dan lain-lain lagi. Jangan kita lupa kita ada sehari lagi sebelum sampai ke bulan Ramadhan yang penuh berkat. Sampai ke tidak kita pada bulan itu. Duduk diam dan fikir.

Ajal datang tiada signal. Mungkin ada yang mati kerana penyakit. Tetapi ada yang berpenyakit berpuluh tahun masih mampu melalui beberapa kali Ramadhan.

Ada pula yang sihat fizikalnya. Tanpa sedar telah meninggalkan kita semua tanpa mengetahui Ramadhan yang lalu adalah Ramadhannya yang terakhir.

Ya Allah.

Hidup dan mati itu jaraknya amat dekat. Cuma kita semua tidak tahu bila masanya, bagaimana cara nya, dimana kejadiannya.

Ya Allah.

Pernah tak terfikir, kita dijemput ketika ibadat kita masih berlopong-lopong. Atau di saat kita masih mencari-cari cara untuk memenuhi segala perintahnya dan tanpa ragu-ragu meninggalkan laranganNya.

Ya Allah.

Aku mohon. Berikan hidayah. Bimbingan. Jangan biarkan aku lalai dengan nikmat dunia yang sementara.

Mungkin esok hari kita. atau lusa. Atau kebentar lagi.

1 comment:

Unknown said...

Yup, mati tu pasti.. Moga segala taubat kita diterima sebelum ajal menjemput..

p/s: Awak, pasal bilik Chilli kat Kundasang tu, ikut badan jugak. Sebab kawan-kawan eza kecik-kecik. So, katil queen boleh 3 org & 1 katil single untuk seorang. Sorang lagi kat extra mattress. :) Hope jawapan Eza ni membantu awak..