Sunday 23 November 2014

sabar lah hati...

apa lagi yang kau dambarkan selama ini?
apa yang kau nak?
disini simpan di sana mahu?
aku ni siapa sebenarnya?
aku ni robot ke?
atau anak kucing yang kau layan bila lapar yang dibelai ketika manja sahaja?
apa lagi yang kau nak?
siapa dia?
siapa aku?
hati aku?
kenapa?
apa lagi?
tak cukup ke?
sampai bila?
sabar aku sampai mana?

aku manusia biasa.
ada perasaan yang aku pendam.
yang aku biarkan demi kau.
kau penah tau?
kau penah rasa?
kau penah terfikir nak amek tau?

tak.
tak pernah.
maaf.
maaf
maaf.
kata yang sudah kuhafal.
setiapnya.

kenapa aku yang kena tahan semua ni?
ape salah aku sebenarnya?
besar sungguh ke salah aku pada kau?
kenapa?
tolong la aku.
tolong.
pergilah kalau itu yang lebih baik.
pergilah kalau itu yang sebenarnya kau nak.
pergilah.

lupakan 7tahun kenangan kita.
aku lerakan.
dari biarkan aku begini.
aku tak mintak banyak pun.
pergilah.
pergilahhh
tolong aku.
tolong hati aku.
tolong jiwa aku.

dia sangat tak menghormati aku.
insan yang kau kata sayang.
dia merendahkan diri aku.
insan yang kau kata cinta.
mana letaknya perasaan aku?
atau aku tak berhak untuk semua ini?
untuk ada perasaan ini?
kenapa dia sewenang wenangnya melukakan hati aku.
tanpa kau rase sedikit pun untuk menghalangnya?
aku ni siapa?
dia siapa?

tolong la sayang.
tak guna lagi sayang ni kalau dia ada antara kita.
tak langsung.
aku tak minta kau untuk tinggalkan dia.
tinggalkan lah aku.
kalau kau cukup punyai aku seorang,
dia tak mungkin pernah ada ruang dalam hubungan ini.
itu yang kau perlu tau.

maafkan aku.
doakan aku.
aku doakan kebahagiaan kau.
dengan dia.
atau sesiapa sahaja.
yang kau cinta.

berjanjilah.
jangan sesekali membiarkan insan itu merasai semua ini.
sesungguhnya, apa yang aku lalui amat sakit.
sakit sangat.
perit.
pedih.
tak tertahan rasanya.
jiwa aku sentiasa sakit.
hati aku bagai nak pecah.
air mata tak putus mengalir.
janjilah.
ini terakhir kali.
biar cuma aku yang rasa.
biarlah.

aku sentiasa ok.
seperti yang selalu aku ucapkan.
jangan fikirkan aku.
pergilah.

No comments: