Wednesday 29 February 2012

belajar sambil meniru..

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat satu situasi.
"Minah, pinjam buku math ko. Aku nak tiru" "Asik tiru je. Malas nak buat lah tu"
Ok ni situasi biasa awal pagi before kelas mula. Tapi dalam kes ni budak tu masala nak buat homework. Tu sebab dia tiru homework kawan dia.

Situasi kedua.
"Lan, pinjam tutor fluid ko" " Asik tiru je. Tapi result gempak"
Kawan Lan heran ngan Lan. Dah la asik tiru tutor dia tapi bila time exam or test sure boleh score.

Korang tau tak sebenarnya, ada sesetengah orang/ pelajar yang boleh belajar dengan cara meniru. Kadang-kadang dia meniru tu sebab nak dapat lebih banyak maklumat. Contohnya pinjam dari si A, B dan C. Ketiga-tiga ini mungkin mempunyai jawapan yang sama tapi mungkin salah sorang ada yang memberi maklumat yang lebih lengkap atau lain dari yang lain.

Tau tak sebenarnya meniru jugak satu proses pembelajaran. Sebab sambil meniru kita akan membaca, menulis dan sekali gus mengingati beberapa fakta yang kita tulis. Dan biasanya apa yang kita baca kurang kita ingati berbanding yang kita tulis. Sbb biasanya sambil tulis kita baca dan eja. So lebih fokus. Berbanding dengan hanya membaca yang membosankan..Hee~

Ok contohnya masa saya belajar dulu, kami akan pinjam paper jawapan kawan yang dapat highest tak pun pinjam skema jawapan lecturer untuk disalin. Bukan apa, sambil dapat tau jawapan yang sebenar, kita jugak leh la double check kot-kot lecturer silap kire markah..wahaha~

Tapi macam mana pun, sebelum kita meniru hasil kerja seseorang, kita patut dah ada sedikit pengetahuan tentang perkara tersebut. Tak adalah macam sia-sia je kan. At least apa yang kita tiru tu kita faham. Dan kalau boleh, olah lah dengan ayat dan cara kita sendiri. Baru lah tak plagiat kerja orang. ngeh3~

Itu je lah kot. Ok lepas ni kalau member nak pinjam buku sebab nak tiru bagi je. Tapi kalo dah asik-asik nak tiru bagi je makan kasut.ngeh3~

Tapi jangan sesekali nak meniru mase exam or test dan sewaktu dengannya ye!

Gudluck untuk sape-sape yang tengah study :)

No comments: