Wednesday 11 April 2012

Dia rindu kita...

Assalamualikum kawan-kawan. 
Agak lama cik putih tak post apa-apa entry baru. agak sibuk sejak dua menjak ni. Sejak petang tadi kita dikejutkan dengan kejadian gempa di Acheh dengan amaran tsunami yang turut dikeluarkan di negara kita. so start la kita post doa macam-macam kat FB. sedar tak sedar. Kita hanya ingat Dia bila kita susah. Bila kita dalam bahaya dan sebagainya. Aaaaamat jarang kalau kita ada sesuatu yang gembira ke yang menyenangkan hati kita, kita berkongsi kegembiraan itu dengan Dia. Mungkin ada. Tapi jarang. Dalam seharian. Berapa kali kita ingat Dia? Sila tolak yang wajib kita buat tu. Tapi kadang-kadang yang wajib pun kita culas. Lambat buat dan tak ikhlas serta tak khusyuk malah sempat ingat benda lain lagi. Subahanaallah. astagrifirullah. Sedar tak kita yang Dia tidak pernah lupa dan mengabaikan kita. Pernah tak rasa tiba-tiba tak leh nafas walau kita ni tak ada sakit apa-apa pun. Dia tak pernah lupa hidupkan kita. Beri beribu-ribu nikmat kepada kita. Tapi kita selalu leka. Lalai. Abaikan perintah Dia. Buat yang Dia larang. Ya Allah. Dia tak marah. Malah Dia tunggu. bila la si polan ni nak mintak maaf. Bila kita susah dan sedih. mulalah kita mengadap Dia. mintak maaf salah silap yang penah kita lakukan. Tapi Dia ok je. Dia maha pengampun. Walau banyak mana kita buat salah, Dia tetap maafkan kita. tapi kita tetap leka. lupa. abaikan Dia. Ya Allah...
Jom! Mulai hari ni kita kena cari masa dekatkan diri dengan-Nya. Tanda kita syukur atas segala nikmat yang Dia telah berikan. Bumi kita ni dah tua. mungkin tak lama lagi kiamat datang. dah tiba masanya kita kembali kepada Sang Pencipta.......



p/s::rindu DIA...




No comments: