Friday 29 March 2013

Fakta menarik tentang handphone

Fungsi handphone yang kita tak tahu :)

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu masa kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan antaranya:

1. Nombor kecemasa
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. So kalau anda dalam kecemasan dan berada dikawasan yang tak ada signal. Cuba dail no ni. Dan ia juga boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad lock).

2. Kereta terkunci
Jika anda terkunci kereta dan kunci berada didalamnya, bagi kereta yg ada alarm, jom cuba cara ini. Cuba hubungi seseorang di rumah dan minta dia ambil kunci pendua kereta anda. Pegang telefon dalam jarak 30cm dari kereta yang terkunci dan minta org tu tekan on pada kunci pendua. Pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Telefon masih boleh digunakan sewaktu kecemasan walaunpun dah kehabisan bateri kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. untuk telefon nokia, dail *3370# dan telefon akan dihidupkan dengan bateri 50%. Kuasa bateri ini akan dicas semula apabila anda mengecas telefon anda.

4. Telefon dicuri
Telefon yang dicuri tidak boleh diaktifkan dengan cara ini. Dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon anda akan terpapar. Simpan no ini di tempat yang selamat. Apabila telefon anda dicuri, hubungi pusat servis telefon anda dan berikan no ini. Mereka akan mengunci telefon anda dan pencuri tu tak akan dapat buka telefon walaupun dah tukar sim. hehe

Menarik kan..hihi


No comments: