Tuesday 19 March 2013

zakat part III


Golongan yang berhak menerima zakat:

Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.
انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبي

Fakir: orang yang pendapatannya kurang daripada 50% keperluan hariannya. Contohnya dia memerlukan RM50 tetapi dia hanya berpendapatan RM24 dan kebawah.

Miskin: orang yang pendapatannya 50% dan keatas dari keperluan hariannya tetapi tidak sampai 100%. Contohnya dia memerlukan RM50 tetapi pendapatannya hanya RM25 dan keatas namun masih tidak sampai RM50.

Amil: orang yang ditugaskan untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia ialah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat. Golongan yang termasuk sebagai amil adalah: orang yang memungut zakat, yang menira, menyukat dan menimbang zakat, orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin, kerani zakat, orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mualaf: orang yang dijinakkan hatinya dan mereka terdiri daripada 5 golongan:
                      i.            Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
                    ii.            Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
                  iii.            Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
                  iv.            Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
                    v.            Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

Hamba mukatab: hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya. Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan. Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

Orang yang berhutang:
                                i.            Berhutang kerana hendak mendamaikan 2 orang/puak yang membantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Zakat diberikan sekadar membayar hutang.
                              ii.            Berhutang sesuatu untuk kegunaan umum spertu jamuan kerana membina masjid, jambatan dan lain-lain.
                            iii.            Berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus. Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.
                            iv.            Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain.

Orang yang berperang di jalan Allah.

Ibnu sabil: orang yang musafir. Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Syarat orang yang mengambil zakat:

  1. Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
  2. Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
  3. Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
  4. Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitu juga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
  5. Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.

No comments: