Sunday 5 January 2014

Sarawak: Day 1

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak sambung cerita pasal trip ke Sarawak hari tu :) Kami sampai di Lapangan Terbang Kuching pukul 12 tengah hari.

Untuk pengetahuan dan peringatan sesiapa yang nak bercuti atau ke Sabah atau Sarawak, bagi kita orang Semenanjung, masa sampai di lapangan terbang, kita kena lalu Imigresen. Tunjuk IC atau sesiapa yang ada pasport boleh serahkan kat mereka untuk di cop masuk. Kalau IC tu nanti kita akan dapat permit masuk macam tiket bas je saiz dia. Kita kena simpan dan serahkan pada mereka bila nak keluar dari Sarawak nanti. Limit permit tu 90 hari ye.
** untuk kanak-kanak, pastikan bawak surat beranak. Sebab mereka nak refer nama ibubapa dalam tu :)


Kad putih tu la permit masuk Sarawak. Jangan hilangkan OK:)

Lepas keluar je boleh ambil bagasi dan keluar. Kami dah book shuttle van untuk ke bandar Kuching sebelum ke sana. So masa kami sampai je kami terus ke kaunter syarikat tersebut. Dia terletak dalam kawasan lapangan terbang tu je. Keluar dari kastam tu ambil belah kiri. Kat situ ada beberapa kaunter kereta sewa dan shuttle van/bas.
** untuk pengetahuan korang, saya dimaklumkan tiada perkhidmatan bas awam dari lapangan terbang ke bandar Kuching. So kalau korg nak ke bandar kena guna perkidmatan kereta sewa, shuttle van (mcm kami) atau shuttle van hotel masing2.


Jarak dari lapangan terbang ke bandar dekat je. Dalam masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Shuttle van yang kami tempah tu harga dia RM10/person sampai ke Tune Hotel Kuching. Tune Hotel terletak bersebelahan dengan Hilton Hotel.

Rancangan kami untuk hari pertama ini adalah ke Kampung Budaya Sarawak (KBS) yang terletak di Kaki Gunung Santubong. Untuk ke KBS, kami dah tempah shuttle van dari Hotel Grand Margherita yang terletak di sebelah pusat membeli belah Sarawak Plaza.

Tambang ke KBS ini RM24/orang untuk dua hala. Boleh jugak kalau nak tempah sehala je jadi half price la. Kalau nak beli tiket KBS sekali pun boleh. Tapi sebab kami berdua ni special case - sorang senior citizen with pension card dan seorang student, jadi kami hanya beli tiket pergi balik ke KBS. Shuttle van ini akan pick up pelancong dibeberapa hotel sebelum ke KBS. Jarak dari bandar ke KBS ni dalam 45 minit ke 1 jam. Tapi abg van ni bawak mcm pelesit. huhu Laju gilos. Yelah jalan dia hari-hari lalu kan. Sepanjang jalan hampir sampai ke KBS ni mula nampak orang-orang kampung jual pelbagai sayur kampung. Buah-buahan pun ada jugak. Ramai yang berhenti. Mungkin harganya murah dari di pekan/bandar kan. KBS ni terletak berhampiran pantai Damai.


ini pintu masuk KBS
Tiket masuk ke KBS ialah:
Dewasa - RM60
Kanak-kanak - RM30
Kanak-kanak bawah 6 thn - percuma
Warga Emas/ Orang pencen - RM30 (bg org pencen jangan lupa bawak kad pencen)
Pelajar - RM15 (sila bawa kad pelajar)

KBS ni buka dari 9pagi sampai 5 petang. Tiket yang dibeli tu boleh guna sehari. Kiranya once kita dah beli, kita boleh keluar masuk KBS dengan syarat, stiker yang dia bagi tu jangan tanggalkan la. Oh lupa, semua yang masuk ke KBS kecuali pelajar akan diberi pasport untuk kumpul cop setiap rumah. Keseluruhan ada 7 buah rumah. Masing-masing akan tunjuk adat mereka. Ada juga yang jual kraftangan dan makanan tradisi kaum masing-masing. Selain itu, ada juga persembahan kebudayaan setiap pukul 11.30 pagi dan 4 petang. Maklumat lain boleh refer ke website Sarawak Cultural Village.
Rumah panjang Bidayuh

Rumah Iban-rumahnye tak nampak.haha

Rumah Penan

Sexy-man Orang Penan

Rumah Orang Ulu - tiang dia cantik.hee

Rumah Orang Ulu- tinggi!

Sword Making Shed

Rumah Melanau - pun tinggi! Nak masuk rumah naik tangga. masuk bilik ada tangga lagi. naik lagi ada tangga lagi. tangga kecik. fuhhh naik laju turun macam siput.haha

Rumah Melayu - sama je dgn yg kt sini

Rumah Cina - ada jual sarang burung

Yang bumbung tinggi tu theater room tempat pertunjukan kebudayaan diadakan

Tempat ni best jugak sebab kita dapat tengok sendiri cara hidup mereka. Kan Sarawak ni banyak budaya. hehe Seeloknya datang pagi lah. So ada yang melayan- orang-orang dari kaum ni semua. Masa kami datang dah petang so dorang pun da penat. Nak pusing KBS ni makan masa 1jam hingga 1 jam 30 minit. Habis je pertunjukan kami pun keluar. Shuttle van da tunggu untuk bawak kami balik ke bandar Kuching.

Sampai je kat hotel, kami ambil beg dan bergerak ke Masjid India yang terletak berhampiran dengan Jalan India untuk solat jamak. Nak cari masjid ni senang je. Lalu je ikut Sarawak Waterfront sampai nanti nampak antara kedai ada tulisan Masjid Kuching warna hijau.

Lepas solat dan rehat kejap kt masjid tu kami makan di Waterfront Kuching. Ada banyak gerai-gerai makan. Tempat ini pun happening gak. Ada orang lepak-lepak. Orang nyanyi2. Kira tak sunyi la. Kami makan sambil tunggu anak buah ibu datang pick up untuk bawa ke rumahnya di Kota Samarahan!

Hari yang penat so sampai je rumah terus mandi dan tido! Next day kita sambung lain kali ok :)

2 comments:

Sound System said...

"Puteri Santubong Puteri Serawak" teringat lagu ni. Cam menarik je lokasi percutian.

Unknown said...

Salam macam mana nak berhubung denfan khidmat shuttle bus nie yea.harap membantu