Monday 12 May 2014

Tips 1: Untuk pelajar UTM Skudai

Tips elak saman. Lebih kurang sebulan sebelum minggu peperiksaan akhir, elakkan buat kesalahan yang remeh seperti:
1.       lalu kat kawasan lingkaran ilmu dengan menaiki kenderaan berstiker pelajar di waktu pejabat.
2.       Tak pakai helmet bagi penunggang dan pembonceng motosikal.
3.       Parking bersepah. Highlight: kawasan larangan. Bg student yg parking dekat dgn blok makmal FKM, elakkan kawasan belakang CICT. Situ kawasan boleh saman. Ada yang tak perasan signboard larangan tu.hehe
4.       Sila pakai berpakaian kemas time smart day
5.       Elakkan pakai selipar ke kuliah terutama minggu hujung2 ni
6.       Jangan lupa bawak kad matrik. Nampak je pak guard boleh terus klip ke baju or tudung etc.
7. Jangan lah nak lalu jalan-jalan 'shortcut' terutama pukul 9, 3-4. Biasa time ni pak guard akan duduk kat satu-satu kawasan yg biasa student guna sbg shortcut.hihi

Biasanya time ni penguatkuasaan lebih kerap. Satu sebab nak habis sem. Student yang nak grad kene bayar semua hutang termasuk saman dan hutang di library kalau nak dapat transkrip bile dah konvo nanti. Keduanya pelajar yang berhutang tak boleh nak register subject untuk semester yg seterusnya. Hehe

Tu jelah kot. Sekarang ni pak guard UTM dah makin cergas. Depa dah nek beskal dan pakai bj tshirt besa ja..senang nak masuk ceruk2 nak saman student. So kamu2 semua sila lah berhati2 J

Yang benar,
Super senior anda.hehe

No comments: