Thursday 12 February 2015

Tips kembara budget tapi best

Assalamualaikum :)

Saya, adik dan ibu baru balik dari Ho Chi Minh city. Berjalan sambil beli barang tertentu untuk majlis yang bakal dirancang. Lately ni saya dan adik beradik suka melancong tapi kami mempunyai masalah kewangan. Bukan tak ada duit tapi sebagai pelajar dan seorang lagi baru berkerja sambil bawa ibu yang dah pencen, tak ada lah istilah perlancongan mewah. Tapi Alhamdulillah, kali kedua buat kembara budget ni we had fun!!

Antara tips yang saya selalu buat sebelum kembara:

1) Penting! Beli tiket flight time promo. Masa pegi KK tahun lepas kami dpt 0 fare. wuhuuu Ini keje ibu kami lah. Dia memang rajin bukak dan tgk bila AA ada promo. Opss bukan nk promote AA tp so far tu je yang ibu kami tgkkan.hehe

2) Book hotel sebulan sebelum pergi. Melalui pengalaman saya, kalau kita dok search kt Agoda, booking.com tapi kita tak book pun mana-mana hotel, mereka akan keep update dengan kita bila ada promo murah. Tapi bukan dalam masa terdekat la. Biasanya kalau book less than one week, harga dia tak ada lah berbaloi sangat :)

3) Rajinkan diri buat research tentang tempat yang nak dituju. Blog walking. Thanks to all kembara's blog yang banyak bagi tips tentang tempat shopping, tempat menarik, dan info2 berguna yang lain.

4) Guna pengangkutan awam seperti bas. Pengalaman saya semasa di HCMC, kami naik bas dari Ben Than market ke china town. Harga tiket utk 3 orang hanyalah 15, 000 dong sehala. Dan orang tempatan sangat baik untuk tolong kita. Macam kami yang pada mulanya tak tau harga tiket, dibantu oleh seorang wanita vietnam. Baik sangat walaupun muka tada senyum..huhu Bell boy hotel cakap tambang teksi ke chinatown dalam lingkungan 160, 000 dong sehala. nampakkkk takkk. ibu saya cakap boleh beli kain dua pasang lagi balance duit tu.huhu

5) Rajinkan diri baca peta. Yang ni penting gak. Kadang-kadang ada tempat yang dekat yang kita boleh jalan kaki je. Jimatkan kos selain dapat excercise. hehe

Itu je kot tip dari saya. Korang ada tips lain nak tambah?

Thanks for reading :)

No comments: