Tuesday 3 March 2015

Songket

Assalamualaikum readers :)

Hari ni saya nak bercerita pasal songket. Songket adalah sejenis kain yang exclusive dan mahal bagi kita orang kebanyakkan. Kalau zaman dulu, pengantin mesti pakai songket semasa majlis. Yela baru macam raja dan permaisuri. Barulah kena dengan gelaran raja sehari kan. kekeke

Saya memang berangan nak pakai songket pada hari pernikahan saya. Selalu la usha-usha kedai yang jual batik dan songket ni untuk tengok latest design dan warna. Unfortunately,  kat JB ni susah gilos nak cari songket tenun asli made in Malaysia. Sebelum ni saya selalu nampak di Instagram songket yang warna warni bercorak meriah bagai. Lepas saya usha dan tanya pada penjual songket, rupanya ada yang jual kain songket made in bangla. adehhh

Pada yang nak beli songket tu kene beware sikit. Kain songket dari bangla ni agak keras, bunga kurang kemas dan boleh buat gatal tak selesa untuk dipakai lama. Banding dengan yang buatan Malaysia. Patutlaaa yang buatan Malaysia punya mahal gilos. Ada saya jumpa sampin je dah 5k, 4k. Rupanya kalau di Ganu sana, pembuat songket ni boleh je terima tempahan based on berapa budget kita. 3k, 4k. OMG! Patutla kalau tengok ada songket tu cantik gilos!

FYI, minggu lepas di Angsana Mall ada pameran ganu. Mereka jual semua yang dihasilkan di ganu contohnya batik, songket, nasi kerabu, kepok leko etc. Heaven gile! Siap ada pertunjukan buat songket secara live. Memang renyah kerjanya. Patutlah harganya mahalll...huhu

Saya sempat grab sepasang kain pasang untuk perempuan dan sampin lelaki pada harga yang agak berpatutan berdasarkan quality kain dan corak bunga. I am so happy!

Sesiapa yang berminat boleh usha kedai ni...

Fadhizan Store
PP-50, Tingkat Atas,
Pasar Besar Kedai Payang, 
Kuala Terengganu
Contact:09-623 5406 

Makcik ni ada cawangan dekat Selangor. Tapi saya lupa alamatnya. Mungkin boleh cuba telefon beliau untuk dapatkan alamat cawangan di Selangor tu. So tak yah la drive jejauh ke ganu dop? Oh saya ada bagitau tak makcik ni boleh tolong kita cari kain yang kena dengan budget kita? So ape lagi moh la beli songket. Cantik weyyy~~~

till then, Assalamualaikum :)

No comments: