Tuesday 12 July 2011

Bukan kerana sayang

"terimalah lelaki yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia"

Aku guna tajuk novel yang baru habis baca. Best novel ni. Sape2 yg tengah cari novel try la usha novel ni. Sedey ada, kelakar ada. Tentang persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Aku peminat novel namun aku bukan lah seorang pengulas yang baik. Namun aku begitu tertarik dengan jalan cerita novel ni. Siap emo bagai mase bace. Bile emo aku start cakap sorang2, gelak sorg2. Bile part sedey je terus tutup buku. Kang "ter"nanges ada yang jadikan bahan pulak kn. huhu Ok tiba2 tertarik nak bercerita tentang kasih sayang.

Aku bukan lah seorang yang mudah jatuh cinta. Dan aku kira sangat berhati2 dalam menghulurkan perhubungan. Walau ia sekadar persahabatan. X heran lah kalo orang yang tak kenal leh cakap aku sombong and so ever. Aku xkesah sebab aku memang kenal diri aku. 

Ok, lately aku sering di ajukan tentang masalah hati. (Istilah ni kawan bekas rumate aku yang bagi. aku rase sedap so aku pn gunelah..huhu) ok sambung. Tentang perempuan di mainkan. Ditipu. Susah aku nak beri nasihat atau mungkin lebih tepat pandangan. Yela aku pn xde banyak pengalaman. Macam2 pengalaman tp aku bukanlah seorang yang mahir dalam hal masalah hati ni. Namun aku sering berpesan pada mereka terutama perempuan. "belajarlah mencintai lelaki yang mencintai kita bukan mengejar lelaki yang kita cintai". Betul! lelaki yang perempuan ada hak yang sama dalam memperoleh bahagia ini. Namun pada aku, perempuan adalah makhluk Allah yang istimewa. Yang inginkan belaian, diraikan, di temani dan sebagainya. So when she try to give her love to someone that really in love with her, she will get her happiness. Tapi tu kemungkinan la. Mungkin je ye. Tp bff aku dulu penah cakap. Kalo laki tu dah sayang perempuan die akan cuba untuk bahagiakan perempuan tu. So andai kata lah kita berjaya mengejar lelaki idaman kita tu dah suddenly cinta hati dia yang lama dtg balik, so ada kemungkinan perhubungan kita ni akan tergantung xpun habis sampai situ je. Tp ni pun kemungkinan gak. 
So aku rasa, dalam perhubungan ini, setiap pasangan kena saling memberi dan menerima. Sebelum menerima sesorang untuk menjadi teman dunia dan akhirat. Istiharah dulu. Musyawarah dengan family. Banyakkan berdoa semoga dia yang terbaik untuk menjadi teman kita. Jangan sedih2 emo2 xtentu pasal kalau benar2 dia bukan jodoh kita. Allah dah rancangkan semua. SEMUA. Semua yang terbaik untuk kita dan semua orang. Jangan terus berharap pada hambaNya. Tapi tetapkan lah harapan kita pada DIA yang satu. ALLAH.

p/s::kawan aku pesan, jodoh ni macam maut. dtg bila2 je. xkira lah kite ni ready ke x. huhu so gullss jom belajar masuk dapur!!hehe

No comments: