Monday 18 July 2011

DVT

Penah dengar tak orang yang mati sebaik je sampai di sesebuah airport. Nak-nak kalau melibatkan perjalanan yang jauh. Ok kalau nak tau penyakit ni namanya Deep Vein Thrombosis (DVT). Lets check some info about this disease... 


DVT atau deep vein thrombosis adalah darah beku yang terbentuk dalam urat di dalam badan. Biasanya darah beku ini biasanya berlaku di kaki atau betis. Namun ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian yang lain.

Punca?
Kerosakan berlaku pada lapisan urat. Ia mungkin berlaku hasil pembedahan, kecederaan yang serius, keradangan atau hasil gerak balas imun.
Aliran darah lembap atau lambat kerana kekurangan gerakan yang menyebabkan pengaliran darah yang perlahan. Contohnya jika sakit dan terlantar lama di atas katil atau pun menaiki kapal terbang dalam tempoh yang lama.

Siapa yang berisiko?
  • Ada sejarah DVT
  • Kecederaan pada vena dalam pembedahantulang patah atau lain-lain.
  • Kurang pergerakan dalam tempoh masa yang lama.
  • Mengandung 6 minggu pertama dan selepas melahirkan anak.
  • 60 tahun ke atas.
  • Obes.

Tanda
  • Bengkak kaki atau di sepanjang urat di kaki
  •  Rasa sakit atau ketegangan di kaki, yang anda mungkin merasa hanya apabila berdiri atau berjalan
  •  Berubah warna kulit pada kaki
  •  Sesak nafas
  • Batuk berdarah



p/s:: sape2 yang jalan jauh2 naik flight ke bus ke car ke. rajin rajin kan diri tu buat gerakan kaki. jangan dok duduk je. gerakan tu boleh elakkan berlakunya DVT. =) Beshnye oliday!!hehe

No comments: