Wednesday 24 August 2011

pra-raya 2011

Pejam celik tinggal beberapa hari je nak tinggalkan bulan penuh berkah iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. Sedih pulak rasa. Yela bulan Ramadhan ni kan bulan yang special. Pahala amalan ditinggatkan, pelbagai aktiviti yang hanya kita semua umat Islam di seluruh dunia lakukan iaitu amalan berpuasa. So macam mana persiapan raya? Cik Puteh tahun ni beraya di umah parents di JB je. Tidak pulang ke kampung di Selangor dan Perak sebab adik cik Puteh yang last tu sebok la nak trial pas raya nanti. Kan buleh buat time sebelum raya. Kacau mood betul la skolah ni..huhu Antara persiapan yang biasanya kitorang buat kt umah ni: 
  1. kemas umah termasuklah lap pinggan mangkuk ibu cik puteh yang melambak tu.
  2. buat kuih/ biskut raya. tahun ni cik puteh buat biskut oat, kuih siput dgn cornflake coklat.
  3. tahun ni tambah satu lagi aktiviti iaitu mandikan cik teh terchenta..ahaha
So far baru sikit je keje yang dibuat..xde mood raya sbb kene raya kt JB. Raya kat JB maknanya tak raya sebab kitorg tak de pun sedara mara kat JB ni. Ada satu family je kot dok Masai yang sure balik kampung sebab dorang duduk ngan makcik cik puteh. So orang tua mesti nak balik raya umah sendiri kan? teehee~
So...aktiviti raya adalah mengadap tv! yeaaayyy!!! T.T

cik puteh berkata:: Nak mintak maaf dr ujung kaki sampai ujung kepala. halal makan minum...selamat hari raya!

No comments: