Tuesday 16 August 2011

tips belajar :)

Assalamualaikum....
Tiba-tiba rindu zaman belajar (ceh!macam lah ko tu seorang pekerja cik puteh oi)...Ni tips belajar di universiti bagi pelajar-pelajar yang kurang pandai atau tiba-tiba je tercampak kat bidang yang tak disangka-sangka. Macam shaaayeee!! T.T Kurang pandai tu bukan buduh ye. Dia lebey kepada kalau study perlu masa untuk didiagnosis secara lebih lama dan mendalam untuk difahami sesuatu dengan jayanya...haha poyonya ayat den!! Ok2 tu semua ciri-ciri yang ada dalam diri aku! Serius cayo lah!! =)

Tips pertama:: Betulkan niat korang.
Dalam Islam ni, pape kita buat, bila niat baik dan betul InsyaAllah kita akan dapat apa yang dikehendaki. Contohnya macam yang selalu cik puteh buat since form1 ke form 2 camtu cik puteh akan niat mcm ni:
"Ya Allah berikanlah aku ilmu yang dapat membimbing aku ke jalan kebenaran sekali gus dapat membantu diri, keluarga, agama dan bangsaku kearah kebaikan"
 Macam tu lah lebih kurang. Tiap-tiap nak g skolah pasang niat dalam hati. So sampai sekarang dah biasa kalau nak g kuliah je mesti buat.
Comey2 adik-adik ni pi skolah...
Tips kedua:: Banyakkan berdoa.
Doa adalah kekuatan atau macam tali hayat la. Bila2 kita rasa sangat tak larat nak tempuh sesuatu atau harap sesuatu, just do doa. Allah kan Maha Mendengar. Pengasih lagi Penyayang.


Tips ketiga:: Jangan sekali-kali ponteng kelas, tutorial, lab, kelas tambahan dan sebagainya!
Ini adalah kepantangan cik puteh. Sejak sekolah, rekod kedatangan almost every year dapat full mark! Sakit pun datang sekolah. Tapi dulu cik puteh jarang pun sakit teruk-teruk. Cuma demam gedik-gedik je..huhu Cik puteh tak boleh ponteng bukan apa. Macam dah jadi badi kot. Tiap kali skip kelas mesti ada je. Lecturer sebut nama yang ponteng ke. Lecturer bagi hint ke, homework ke. Pulak tu cik puteh ni kalo hint xsuke salin orang punya. Jadi macam tak confident. So akhirnya cik puteh balun baca satu buku! Pastu menyesal...sob3 T.T

Tips keempat:: Rajin-rajinkan diri baca, buat latihan bagi subject yang rasa-rasa tahap ke'blurr'annya tahap dewa! haha ayat den! @.@
Cik puteh percaya you get what you give. Maknanya, result kita tu kita sendiri yang plan, melalui peratusan usaha yang diberi. Kalo sikit kita berusaha, maka sikit lah kita dapat. Tapi kadang-kadang kita rasa kita dah usaha sehabis baik. Tapi result tetap mengecewakan..huhu Selalu kot macam tu! Mula la rasa malas la nak study. Nak-nak ada pulak kawan kita yang study tak de lah rajin sangat. Dok ngadap tenet. Tak pun layan korean muvi 24/7. Sakit hati, jiwa dan pankreas! Sabar....sabar. Keep in mind! Allah ciptakan setiap manusia ni dengan pelbagai sifat, bentuk, rupa dan kecerdasan akal fikiran. Mungkin kita kurang bijak iaitu kena ari-ari bukak buku study tapi kawan kita tu akal dia cukup bijak. Study xyah. Masuk kelas, baca buka sekelip mata dah boleh berkajang-kajang jawapan diberi. Jangan cemburu dengan kejayaan orang! Usaha! Usaha! Usaha! Insya Allah berjaya :)
Buku banyak2 ni masa buat PSM nggan MP je kot...study bese2 xde la banyak camni.
Ha..ni baru meja study aku. Ada FB.Ada chips more..haha


Tips kelima:: Jangan ada perasaan PHD!
PHD ni bukan doctor of philosophy ye...ni perasaan hasad dengki. Dok pikir buruk kat orang. Cemburu dengan kejayaan orang. Tak bagus okeyyy~~ Sepatutnya, kita kena jadikan dia contoh. Tapi part yang baik la. Tak pun macam cik puteh pulak, selalunya cik puteh jadikan orang-orang yang 'cerdik-tanpa-rajin' atau orang-orang yang dapat result cun je sepanjang zaman ni sebagai kayu pengukur tak pun as challenger untuk cik puteh dapat at least macam mereka. So kita stress pun baik. Iaitu stress nak jadi yang baik. Bukan stress benda yang bukan-bukan. Dok ngumpat sana sini...no!no!no!

Tips keenam:: Dampingi orang-orang yang suka akan ilmu.
Ni senang je. Buat study group ke. Orang-orang yang suka ilmu ni jarang kedekut. Sebab dia tau. Ilmu ni kalau kita kongsi, makin bertambah ilmu kita. So buat study group. Kita dapat bantu orang, in da same time kita dapat betulkan atau tajamkan lagi apa-apa yang kita masih kurang faham. So kurang sikit masa nak pulun sorang-sorang pastu gila sebab tak dapat jawab soklan past year..huhu Lagi satu orang yang suka akan ilmu adalah guru-guru, tenaga pengajar atau lecturer kita. Kalau ada soklan yang tak boleh jawab ke ada nak mintak pendapat boleh je jumpe dan bincang dengan mereka. Biasanya dorang ni akan bantu kita. Jarang la dorang tak layan..hehe Selalu jumpe lecturer juga salah satu cara nak dapat tambah markah free bila final mark kita dah ada kat border. Sebab biasanya lecturer akan tambah markah lagi student yang rajin datang kelas, yang mereka kenal dan yang hantar assignment! hehe 

Semangat kan!hehe

Nilah antara amalan cik puteh masa belajar. Alhamdulillah, walau tak dapat first class degree. Tapi pernah dapat dean's list 3 kali sepanjang study kt U di selatan. Dan grade 2nd class upper pun ok...bagi budak yang penah kene ulang subject dan penah dapat result 2.5 je..huhu (teruknye saye!!!) Ish dah banyak pulak membebel dari subuh sampai syuruk..huhu next time tambah lagi! yeayy
Semoga sedikit ilmu ini, memberi manfaat pada kamu semua :)

cik puteh berkata:: gambar hasil ikhsan encek google :)

No comments: