Saturday 8 September 2012

adab di jalan raya!


Assalamualaikum..

Selalu kan kita dengar kes kemalangan jalan raya. Paling banyak jalan persekutuan. Cikputih baru tau sebenarnya, jalan persekutuan tu jalan yang dibina oleh kerajaan persekutuan iaitu kerajaan yang memerintah Malaysia yang menyambungkan sesebuah bandar atau pekan dengan kawasan yang lain. Mak cik putih kata, kalau nak tau jalan tu jalan persekutuan, tepi jalan dia ad batu yang tulis jarak km sesebuah bandar besar. contohnya gambar kt bawah yang cikputih google je..huhu



Jalan persekutuan ni banyak menumbang kepada statistik kemalangan sebab utamanya, pemandu dok men laju je. pakat 100 km/j. lebih pun ada. pulak tu yang bawak moto pulak dok selambe badak je tak pakai helmet. Helllloo~~ ni ex minah rempit nak bg pesan sikit. Bagi adik-adik yang tak de lesen tu, jangan memandai nak bawak moto kt jalan besar macam tu. Bahaya ok!! Yang ada lesen pulak, jangan nak tunjuk kepala hang tu keras sangat. Pakai la helmet oii! Hang kalau dok jatuh atas jalan sorang-sorang tak da sapa pedulik. Tapi kalau jatuh depan keta aku, aku rase nak try je kekerasan kepala hang tu. Keselamatan perlu diutamakan walau kat mana pun kita berada. Kat jalan raya yang bahaya ni apatah lagi kan.

Yang cikputih hangin satu badan ni. Tadi balik dari kenduri ex-roommate kat Muar, cikputih ngan mak saja la lalu jalan lama. Nak ilangkan ngantok ni. Sampai kat area Kelapa Sawit, depan Taman Manis. Elok ada moto ngan budak tu tak pakai helmet jatuh melanggar ngan moto lain depan keta cikputih. Nasib baik la cikputih ni tak speed dan keta belakang pun tak follow rapat. Kalau tak ada dua kemungkinan je. Budak tu yang parah tak pun keta cikputih yang parah. Aduhaii..dah la budak muda macam budak sekolah je. Tak pakai helmet pulak tu. Bawak moto lelaju dekat tengah-tengah. Hancur jugak la moto dia tu. Nasib cikputih tengok budaknya tak apa-apa. Kalau jadi apa-apa, sapa nak bertanggungjawab tu... Pening kepala aku kejap...adoii. Ngeri rasanya bila nampak camtu....

Insaf sekejap cikputih nak drive laju-laju kat jalan biasa....... T_T"

No comments: