Thursday 20 September 2012

Tiang agama

SOLAT AKHIR WAKTU.

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita. Jika berpuasa, amalan kita akan terus kepadaNya. Tetapi jika solat, ada perantaraannya yang ditugaskan untuk menghantar amalan kita padaNya.

Kisahnya?

Setiap kita ada malaikat yang ditugaskan untuk menghantar amalan solat kita kepada Allah. Untuk menyampaikan amalan kita, dia perlu melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol terdiri daripada malaikat juga. Jika solat di awal waktu, tolnya free. Tiada sekatan dan tidak "jem". Malaikat terus menyampaikan amalan tersebut kepada Allah untuk dinilai.

Tetapi,

Jika solat di akhir waktu, banyak sekatannya. Di langit pertama penjaga tol akan marahkan posmen sebab lambat menghantar amalan kita. Si posmen harus merayu supaya dapat diteruskan perjalanan. Tetapi penjaga itu tidak menerima rayuan tersebut lalu dicampakkan amalan solat lewat tadi ke bumi. Lalu malaikat tadi kutip semula untuk terus menghantar amalan tersebut kepada Allah. Setiap lapisan langit, malaikat ini akan di'bebel' oleh si penjaga langit kerana amalan solat lewat ini.

Maka,

Amalan kita ini seolah-olah tidak berharga lagi. Tiada nilai ketika disampaikan kepada Allah. Dengan kata lain seolah-olah kita tidak bersolat. Maka, bersedialah kita menerima pembalasannya sama ada didunia ataupun di akhirat kelak.

Hilang duit. Hati risau dan sentiasa gelisah.
Ujian bertimpa-timpa.

Ketika itu baru kita terfikir. Macam tak ada guna kita beramal. Kita mula menyalahkan takdir/Allah. Sedangkan kita tidak sedar segala ujian tersebut datannya dari amalan-amalan kita. Amalan yang tidak jujur dan ikhlas. Yang dilakukan sambil lewa. SubahanaAllah.

Ya Allah. Ampunilah kami. Tetapkanlah iman kami. Bersihkan hati kami daripada maksiat. Jadikan kami hamba yang bersyukur atas segala nikmatMu. Dekatkanlah hati kami dengan kebaikan dan jauhkan dari maksiat. Semoga dengan amalan-amalan kami ini, dapat kami peroleh ikhsanMu untuk menjadi penghuni tetap SyurgaMu Ya Allah.

Jangan berhenti berdoa dan memperbaiki diri. Terutama solat kita kerana solat merupakan amalan yang pertama akan di hitung di akhirat kelak.

Tanam dalam diri. Walau dalam keadaan apa, sediakan masa untuk solat. Jangan bertangguh-tangguh. Kelak amalan solat diawal waktu dapat membantu kita di dunia dan di akhirat nanti...

sumber fb





No comments: