Friday 28 September 2012

Keselamatan di tempat letak kenderaan

gambar hiasan (FB)

to all woman out there! make sure more careful. orang jahat ni tak kira mangsa. tua, muda, budak, semua yang boleh mendatangkan hasil dia sapuu jehhh. ni ada beberapa tips keselamatan kat parking.

1. Peka dengan keadaan sekeliling. Letakkan kenderaan anda di parking yang jauh jika ianya lebih selamat berbanding parking yang berdekatan boleh mengundang bahaya!. Utamakan keselamatan daripada keselesaan.

2. Minta bantuan rakan atau pengawal keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kereta sekiranya kawasan persekitan gelap dan merasakan tindakan tersebut adalah lebih selamat. Kadang-kadang musibah ni b4 datang hati kita dah dapat rasa. So hati2.

3. jadikan satu kebiasaan untuk meninjau dahulu keadaan di dalam kenderaan sebelum masuk. Walaupun kemungkinan orang yang tidak dikenali berasa didalam kenderaan anda adalah kecil, namun perbuatan tersebut menunjukkan tahap kewaspadaan anda terhadap sebarang bentuk jenayah.

4. Pastikan anda sudah bersedia dengan kunci ditangan sebelum menghampiri kenderaan. Elakkan daripada tercari-cari sesuatu di dalam beg ketika di tepat awam yang secara tidak langsung memberi peluang penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap anda.

5. Sebaik-baiknya, terus mengunci pintu kereta sebelum menghidupkan enjin. Cuba elak daripada melengah-lengahkan masa di tempat terbuka dan segera beredar selepas urusan selesai.


No comments: