Friday 18 January 2013

Buta Hati



Assalamualaikum....


Buta hati =  payah nak buat amal. dok suka sangat ngan maksiat. dok jaki bila org buat baik atau ajak buat baik...

dan ia datangnya daripada dosa-dosa kita......

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud" Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu".

Hati ni kira macam raja dalam diri kita. So bila hati rosak, rosaklah seluruh diri kita. So mula la si nafsu besar kepala dok ajak kita buat tah pape smue yang sedaaaap sgt kt dunia ni...Nauzubillah...

Allah berfirman dalam surah Yusuf yang bermaksud " Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan" (Surah Yusuf 12:53).

Macam mana nak tau eh hati kita ni buta ke tak....

Menurut Syeikh Ibn Ata'illah " Sebahagian daripada tandanya matinya hati iaitu tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan juga tidak menyesal jika buat sesuatu dosa".

Beliau menegaskan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman). Riwayat at-Tabrani.

So macam mana nak ubat hati?
  1. Baca quran dan maknanya
  2. Solat malam
  3. Berkumpul dgn orang soleh
  4. Banyakkan puasa
  5. Zikir malam




Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim sejati...

No comments: