Friday 18 January 2013

Zakat part 2

Salam....

Entry lepas cikputih share sikit pasal apa tu zakat dan erti zakat dari segi bahasa dan syara'. Sekarang cikputih nak share pulak pasai syarat wajib seseorang yang perlu bayar zakat :)


1. ISLAM 

Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. Merdeka

Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna

Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab

Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)

5. Cukup Haul

Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk Berniaga

Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

No comments: