Thursday 17 January 2013

Zakat Part 1


Makna dari segi Bahasa
Tumbuh atau bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih dari sesuatu yang haram dimiliki iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

Makna dari segi Syara’
Nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/pendapatan/perniagaan/tanaman/ternakannya sama ada di dalam betuk wang atau bijian atau ternakan dengan kadar teretentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta yang diserahkan kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagihkan kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya.

Pengertian Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.



No comments: